• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK

Oleh
Aina Musa
17 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ayah Berbusana Tradisi Etnik Bisaya Di UK.

Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK. Anak jati Limbang yang juga Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah, telah merakamkan kenangan manis dan bermakna dalam hidupnya dengan memilih memakai pakaian tradisi etnik Bisaya pada majlis konvokesyen kedua anak lelakinya di University Of Manchester United Kingdom, pada 13 Julai lalu.

Selain ingin meraikan hari gembira itu, dalam masa yang sama beliau ingin mempromosikan budaya Bisaya sehingga menarik perhatian masyarakat di Eropah.

Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK
Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK. Kredit Foto: FB Selamat Jati Yanjah

Satu kenangan indah bagi beliau dalam meraikan anak-anaknya

Menurut beliau, pakaian tradisional Bisaya ini dipakai semasa hari graduasi kedua-dua anak lelakinya yang turut dihadiri isteri beliau serta anak perempuan sulung mereka.

Tambah beliau, ini merupakan satu kenangan untuk meraikan kejayaan anak-anak beliau khususnya mewakili etnik Bisaya di mata dunia.

Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK
Kredit Foto: FB Selamat Jati Yanjah

Keputusan beliau menggayakan busana tradisional Bisaya ini telah mendapat perhatian ramai menerusi perkongsian di laman Facebook beliau sendiri.

Menerusi hantarannya, beliau turut menyebut bahawa beliau tidak menyangka anak Bisaya Sarawak juga boleh berjaya di persada dunia pendidikan.

Dalam temu bual bersama pihak media, Selamat Jati tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira, teruja dan bersyukur atas kejayaan ketiga-tiga anaknya yang berjaya menamatkan pengajian di University of Manchester, United Kingdom iaitu antara universiti terbaik di dunia dalam bidang kejuruteraan dan seni bina di bawah tajaan MARA. 

Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK
Kredit Foto: FB Selamat Jati Yanjah

Tambah beliau, anak pertama mereka, Esha Marcella lulusan kejuruteraan awam sepatutnya mengambil ijazahnya pada 2020, tetapi ditangguh gara-gara pandemik COVID-19 dan majlis konvokesyennya dijadualkan 20 September tahun ini.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan khususnya agensi MARA kerana memberi peluang kepada anak-anak kaum minoriti Bisaya (Orang Ulu) di Sarawak untuk melanjutkan pelajaran.

Diharapkan lebih ramai lagi kaum manoriti seperti kaum Bisaya ini terinspirasi oleh beliau dalam mempromosikan tradisi dan budaya Sarawak ke mata dunia.

Baca juga kisah graduan PHD ini yang bangga mengenakan baju Orang Ulu sewaktu bergraduasi di Scotland tempoh hari:

SUMBER :FB Selamat Jati Yanjah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati Terlihat Pekerja Muslim Solat Di Luar Tanpa Tempat Berteduh, Wanita Dari Sabah Ini Tersentuh Hati
Next Article Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?