• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga

Oleh
Farisha
12 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Tempat ini digelar sebagai ‘Niagara Falls Malaysia’

Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga. Pernahkah anda mendengar tentang air terjun Niagara Falls di Kanada? Terdiri daripada sekumpulan tiga air terjun, Niagara Falls adalah antara air terjun yang paling popular di dunia.

Air Terjun Lusong Laku di Belaga, Sarawak, merupakan tarikan alam semula jadi yang mengagumkan di Malaysia, terkenal dengan keindahan yang menakjubkan dan lokasinya yang terpencil. Walaupun airnya tidak jernih, keagungan air terjun ini sering dipuji sebagai salah satu air terjun paling megah di negara ini.

Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga
Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga. Kredit foto: LIBUR

Terletak di Sungai Linau di Lusong Laku, Belaga

Air terjung Wong Pejik merupakan salah satu daripada tiga air terjun yang ada di sungai Linau. Untuk pengetahuan anda juga, ‘Wong Pejik’ sebenarnya bermaksud ‘air terjun’ dalam bahasa Punan.

Apa yang membuat air terjun ini menakjubkan adalah betapa ia hampir menyerupai Niagara Falls di Kanada, seperti yang anda boleh lihat di bawah.

Oleh kerana air terjun ini dianggap sangat jauh, perjalanan ke air terjun Wong Pejik tidak mudah. Untuk pergi ke sini, ia akan mengambil masa sekitar 2 jam dari Bintulu (iaitu bandar yang terdekat) untuk tiba ke Kampung Asap. Kemudian, anda akan dikehendaki untuk menggunakan kenderaan 4×4 untuk meneruskan perjalanan anda kerana jalan ke Lusong Laku cuma jalan balak – perjalanan yang akan mengambil sekitar 6 jam!

Disebabkan perjalanannya yang agak sukar, ia lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan daripada mereka yang lebih berpengalaman untuk menjadi juru pandu anda. Anda juga boleh terus menempah homestay untuk penginapan anda kerana perjalanan ke Lusong Laku adalah one day trip dan anda pasti perlu bermalam setelah anda tiba di kampung berkenaan.

Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga
Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga

Malah, oleh kerana tempat tersebut sangat jauh, anda tidak akan ada talian telefon. Of course, jika anda tidak kisah tentang perkara ini, maka ia tidak menjadi masalah untuk anda. Yang penting, jangan pergi ke sini jika anda mempunyai urusan penting yang memerlukan anda dihubungi oleh rakan sekerja / ahli keluarga anda melalui telefon!

Sekiranya anda membuat perjalanan anda pada awal hari, anda dijangka tiba ke kampung Lusong Laku lebih kurang waktu malam. Sebaik sahaja anda tiba, anda akan disambut mesra oleh penduduk kampung dan anda akan dilayan dengan penuh keramahan.

Pemandangan yang menakjubkan

Sebaik sahaja anda melihat air terjun Wong Pejik, anda akan terpegun dengan pemandangannya. Pada ketinggian lebih daripada 20 kaki, sungai air terjun ini juga merupakan lokasi untuk memancing ikan air tawar semasa musim kemarau.

Malangnya, dikatakan air sungai kini keruh akibat pembalakan yang dilakukan di hulu sungai tersebut. Pastikan anda berhati-hati apabila anda berendam di dalam air juga.

Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga
Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga

Selain itu, komuniti Penan berhampiran air terjun mempunyai tradisi kraf tangan yang kaya, mencipta barang seperti dompet, beg tangan, topi, dan bakul. Kraf ini dijual dengan harga yang berpatutan, dan komuniti sedang mempertimbangkan penggunaan platform media sosial untuk penjualan yang lebih luas dan pengiktirafan kerja mereka.

Lusong Laku menawarkan gabungan keindahan alam semula jadi, pengembaraan yang mencabar, pengalaman budaya yang kaya, dan pandangan ke dalam kehidupan tradisional masyarakat setempat.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat menarik di Borneo:

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir
Menjelajah Air Terjun Menarik Di Sekitar Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY
Next Article Polis Tahan Tujuh Kanak-Kanak Disyaki Curi Motosikal Di Sibu Polis Tahan Tujuh Kanak-Kanak Disyaki Curi Motosikal Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?