• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja

Oleh
Aina Musa
30 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja

Bimbang anak jadi mangsa sindiket penipuan kerja

Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja. Seorang ibu dari Miri telah memfailkan laporan polis mendakwa anaknya mungkin telah diculik dan menjadi tebusan di luar negara kerana kemungkinan terlibat dengan sindiket penipuan pekerjaan.

Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja
Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja. Sumber: ABC news

Hii Kok Pin, 19, tidak dapat dihubungi oleh keluarganya sejak Julai lalu.

Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Yang, turut meminta bantuan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri untuk mengesan keberadaan anaknya.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee berkata Hii memberitahu keluarganya dia akan mencari pekerjaan yang lebih baik di Kuala Lumpur dan meninggalkan Miri pada Januari lepas.

Kali terakhir berhubung adalah pada mac lalu

“Pada bulan Mac, mereka sekeluarga berhubung dengan remaja itu melalui Messenger, namun dia sangat berhati-hati. Dia hanya menyebut bahawa dia baik-baik saja tetapi dia tidak dapat mendedahkan lokasinya.

“Dia berjanji bahawa dia akan membawa pulang wang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada ‘syarikat’nya, namun mereka tidak menerima sebarang wang sehingga hari ini,” kata Hee.

Memandangkan keluarga itu benar-benar terputus hubungan dengan Hii sejak awal Julai, ibunya memutuskan untuk membuat laporan polis.

Anak disyaki tidak lagi berada di Malaysia

“Maklumat yang didedahkan polis memberitahu kami bahawa Hii sudah tiada di negara ini. Justeru, kami mengesyaki dia mungkin diculik dan dijadikan tebusan oleh penipu, yang mungkin bertanggungjawab terhadap sindiket pemerdagangan manusia,” kata Hee selepas menemani Yang di balai polis Pusat untuk membuat susulan kes itu hari ini.

Orang ramai yang mungkin pernah melihat Hii atau mengetahui lokasinya boleh menghubungi Hee di talian 016-8520666.

Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja
Sumber: Borneo Post

Hee juga menggesa kerajaan negeri melihat secara serius peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak tempatan, khususnya golongan belia, daripada golongan B40 yang memilih untuk bekerja daripada melanjutkan pelajaran.

“Kami mendapati mereka yang menjadi mangsa dalam penipuan ini adalah daripada golongan yang sangat-sangat memerlukan wang demi meningkatkan kualiti hidup keluarga mereka.

“Sudah tiba masanya majikan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan ini, yang mungkin tidak mempunyai kelayakan tinggi tetapi sanggup bekerja,” tambahnya.

Hati-hati dengan sindiket penipuan kerja ini, baca lagi artikel terkini:

Tular Rakaman Sebuah Vellfire Dikepung Motorsikal, Didakwa Lakukan Penculikan Di Kuala Lumpur
Buat Masyarakat Risau, Mesej Tular Jual Organ Kanak-Kanak Adalah Palsu
SUMBER :Borneo post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Next Article 'Port' Gelandangan Di Bintulu, Netizen Risau Keadaan Jejantas Sing Kwong Kotor ‘Port’ Gelandangan Di Bintulu, Keadaan Jejantas Sing Kwong Kotor Cetus Risau Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?