• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal

Oleh
ILB - AI
2 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Lagenda Nkadis Nyiruk, Roh Mengamuk Dijadikan Belalang

Sebuah lagenda dari masyarakat Bidayuh, Serian

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal. Dalam masyarakat Bidayuh Serian, nkadis nyiruk adalah sejenis belalang kecil yang mana di bahagian badannya berwarna biru.

Isi Isi Penting
  • Sebuah lagenda dari masyarakat Bidayuh, Serian
  • Mengisahkan tentang 7 adik beradik yang hendak pergi head-hunting
  • Perjalanan ke kampung musuh bermula
  • Roh yang marah, tiada tuan

Walaupun penampilannya menarik, ia mempunyai kisah legenda yang berkaitan dengan adat istiadat lama masyarakat Dayak pada masa lalu.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal

Mengisahkan tentang 7 adik beradik yang hendak pergi head-hunting

Suatu ketika dahulu, orang Dayak di Sarawak mempunyai tradisi memotong kepala iaitu tradisi bekayau. Tradisi ini bukan sahaja dibuat dalam skala besar tetapi juga dalam skala kecil.

Menurut adat istiadat lama masyarakat Dayak dahulu, sekiranya seorang lelaki berjaya membawa pulang satu kepala kembali ke kampung halaman, mereka akan dijulang sebagai pahlawan dan akan dinobat sebagai anak jantan terbilang.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Tradisi mengayau dilakukan oleh masyarakat Dayak pada suatu ketika dahulu. Kredit: Wow Menariknya

Kisah bermula dengan 7 adik beradik dari satu keluarga kaum Bidayuh yang tinggal di sebuah perkampungan di Serian, Sarawak. Kesemua pemuda ini hendak pergi mengayau ke sebuah perkampungan yang jauh daripada kampung mereka dan meminta ibu mereka untuk menyediakan bekalan makanan bagi perjalanan mereka.

Setelah diminta, ibu mereka lantas membuat apa yang perlu. Walau bagaimanapun, anak-anaknya membuat satu permintaan yang aneh iaitu menumbuk benih padi yang disimpan khas untuk merayakan tamat musim menuai.

Perkara ini mengejutkan si ibu kerana benih padi ini tidak boleh ditumbuk sesuka hati menurut pantang masyarakat Bidayuh. Walaupun cuba sedaya-upaya untuk memujuk anak-anaknya untuk tidak melanggar pantang, ketuju-tujuh anak lelakinya itu tetap bertekad dengan permintaan mereka. Oleh kerana tiada pilihan lain dan juga atas kasih sayang terhadap anak-anaknya, si ibu pun lalu mengabulkan permintaan mereka dengan menumbuk benih padi tersebut untuk dijadikan kuih kering sebagai bekalan anak-anaknya.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Si ibu menumbuk benih padi khas untuk perayaan tamat musim menuai untuk dijadikan kuih sebagai bekalan. Kredit: Sahabat Nestle

Perjalanan ke kampung musuh bermula

Setelah segala persiapan sudah dibuat, ketujuh-tujuh pemuda ini memulakan perjalanan mereka. Hampir seminggu menerusi hutan dan sungai-sungai kecil, mereka tiba ke perkampungan yang mereka tuju.

Kehadiran mereka juga tidak diketahui oleh penduduk perkampungan berkenaan kerana niat mereka untuk mengayau. Setelah menemui sebuah tapak tak jauh dari kampung itu, mereka mendirikan perkhemahan mereka agar dapat memantau aktiviti penduduk perkampungan terbabit. Oleh kerana mereka hanya 7 orang, mereka hanya dapat serang dalam senyap serta mengayau secara kecilan.

Walau bagaimanapun, kesabaran mereka untuk menanti hari yang sesuai untuk menyerang semakin nipis oleh kerana keletihan dari perjalanan yang jauh.

Hendak dijadikan cerita, serangan adik beradik terhadap kampung itu secara mengejut telah membawa malang kepada mereka. Walaupun mereka berjaya memenggal kepala seorang remaja di ruai rumah panjang itu, tindakan mereka telah dikesan oleh penduduk rumah panjang tersebut.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Kredit: Giphy

Kekecohan yang dibuat dari para wanita di rumah panjang itu menyebabkan kesemua penduduk kampung berkumpul untuk menyerangi adik-beradik terbabit. Dalam huru-hara untuk menyelamatkan diri, ketujuh-tujuh adik beradik terjatuh dalam perangkap penduduk kampung. Kepala mereka kemudian dipenggal sebagai hukuman atas perbuatan mereka.

Roh yang marah, tiada tuan

Untuk pengetahuan anda, ia bukan senang untuk sesuka hati memenggal kepala manusia biarpun musuh sekalipun menurut pantang larang masyarakat Dayak. Hal ini kerana beberapa upacara harus dilakukan agar tiada malapetaka melanda atas tukang pemenggal dan orang-orangnya.

Bagi ketujuh-tujuh adik beradik ini, mereka mempunyai roh pelindung iaitu digelar Kamang. Oleh kerana tuan punya badan dibunuh, kamang ini lalu mengamuk kerana kehilangan hala tujuan. Ia sering menjerit, tak kira siang atau malam dan menakutkan penduduk kampung tersebut.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Kredit: Giphy

Oleh kerana tidak dapat tahan dengan bunyi jeritan kamang itu, semua penduduk kampung tersebut mengupah seorang dukun untuk menyelamatkan mereka. Dukun tersebut lalu menjelmakan kamang itu menjadi belalang biru.

Dan begitulah roh mengamuk itu menjadi nkadis niruk, di mana ia tetap mengeluarkan bunyi bising tetapi ia tidak seseram sewaktu ia masih kamang.

Legenda Bidayuh Nkadis Nyiruk, Amarah Roh Pelindung 7 Beradik Mati Dipenggal
Nkadi Niruk, belalang yang dahulunya kamang. Kredit: The Patriots

Lebih lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Ashman Rizal, Pemain Bola Sepak Sarawak Yang Kini Berkelana Di Eropah
Next Article Makanan Western Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba, Jom Singgah Ke Denis’ Diner

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?