• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara

Oleh
Nazihah AN
12 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara

Korang ingat lagi tak MUA dari Sabah yang pernah menyolek wajah ratu dunia, Karolina Bielawska

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara. Dengan tekad dan usaha yang gigih, Azmier Hisyamuqris, seorang anak jati Sabah yang berbangsa Dusun Idahan, telah mencapai kejayaan sebagai jurusolek antarabangsa.

Azmier, 31 tahun, merupakan jurusolek Malaysia pertama yang berpeluang menyolek wajah ratu dunia 2022, Karolina Bielawska dua tahun lepas.

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
Azmier Hisyamuqris, MUA dari Sabah

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi keterujaannya apabila karya seninya diterima baik di Indonesia. Azmier, anak kelahiran Dusun Idahan pernah menyolek beberapa selebriti terkemuka dari negara seberang, Indonesia. Antaranya ialah Diva Dangdut Indonesia, Dewi Perssik.

Bercakap kepada ILOVEBORNEO, beliau sangat bersyukur meskipun kini telah ramai jurusolek muncul di Malaysia, namun karyanya sering kali terpilih dan mendapat sokongan hingga ke luar negara.

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
bersama barisan artis Indonesia, antara Datuk Rossa, Jirayut dan Cakra Khan yang pernah di solek.
Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
bersama artis Indonesia yang di solek Dewi Perssik dan gambar kenangan bersama King Nassar

Solekan mulus, bersinar dan flawless jadi signature Azmier

Sentuhan tangan yang ‘mahal’ beliau ini juga digemari oleh ramai selebriti dari Malaysia dan juga Indonesia sehingga melayakkan beliau digelar sebagai “Celebrity Makeup Artis”.

Alhamdulillah, syukur dan saya akan terus memberi yang terbaik dari segi apa pun dilakukan, dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang berkarya. Saya ingatkan diri bahawa sentiasa rendah diri dan jaga hubungan baik dengan orang sekeliling yang memberi sokongan, kerana semua adalah penyumbang pada kerjaya. Sokongan mereka adalah kunci kejayaan saya.”

Azmier Hisyamuqris (MUA anak jati Sabah)

Azmier mempunyai minat yang mendalam dalam bidang solekan, bahkan tangan beliau yang mahir dalam menata rias wajah ini seperti ‘sentuhan Midas‘! Hasil solekan beliau dikatakan sungguh halus, cantik dan teliti.

Azmier juga berkongsi bahawa beliau mendapat sokongan dari beberapa selebriti Malaysia, antaranya adalah seperti Nadia Brian, pelakon jelita yang juga merupakan teman rapat beliau.

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
bersama Nadia Brian antara rakan artis yang rapat dengan Azmier

Nadia antara rakan artis yang banyak menyokong dan sering mengingatkan saya agar sentiasa menjadi diri sendiri dan jangan pernah menyerah,”

Azmier

Nama Azmier tidak asing lagi dalam dunia peragaan di peringkat global

Selepas berpeluang menyolek Miss World & Miss Grand International, Azmier kini telah dipilih untuk menyolek Miss Supraglobal International 2022, iaitu Gus Ryzia Nabila Sitorus, yang bakal bertandang ke Malaysia tidak lama lagi. Azmier juga menerima penghargaan khas dari pihak penganjur pertandingan tersebut.

Tahniah kepada Azmier atas pencapaian beliau yang luar biasa ini. Semoga beliau terus berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. 👏🏻👏🏻

Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
Gus Ryzia Nabila Sitorus (Miss Supraglobal International 2022)

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Pereka Fesyen Kelahiran Sarawak, Rozie Khan ‘Dirisik’ Oleh Miss World Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Semestinya Letak Beg Atas Kabin Tempat Duduk, Ini Penjelasan Pramugara
Next Article Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?