• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu

Oleh
Ismail NA
12 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Nang deras palak pemandu di Sibu

Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu. Menerusi sebuah hantaran yang tular di Facebook, sebuah kenderaan berwarna putih yang dipercayai cuba untuk membuat pusing U secara haram telah tersekat di atas pembahagi jalan.

Dalam video berdurasi 18 saat tersebut, kereta putih tersebut yang tersekat di atas pembahagi jalan raya dilihat terkial-kial untuk turun ke atas jalan raya apabila tayar bahagian hadapannya tidak mencengkam jalan.

Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu
Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu. Sumber: FB Sibu Go

Hal tersebut menyebabkan kenderaan terbabit tidak dapat menyusur ke laluan utama, menyebabkan kenderaan yang lalu lalang terpaksa memandu dengan berhati-hati dan cuba untuk mengelak daripada terkena kereta putih tersebut.

https://www.facebook.com/sibugo/videos/365098099472533/

Jalan Lam Kai Che dan Jalan Dr. Wong Shun Kai di Sibu ditutup sementara

Kejadian yang berlaku di Bandaraya Sibu itu telah menarik perhatian orang ramai kerana ianya bukan sahaja perbuatan yang jarang dibuat orang tetapi juga menyalahi undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut kapsyen dalam hantaran yang sama, Jalan Lam Kai Che dan Jalan Dr. Wong Shun Kai di Sibu juga telah dilaporkan tutup untuk tujuan pembaikan lampu isyarat jalan. Jalan-jalan ini ditutup hari ini (12 Januari 2024) pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, 2 petang hingga 4 petang, dan 7 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.

Video tersebut telah mendapat lebih 1,000 perkongsian di Facebook dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada juga yang berseloroh bahawa sudah tiba masa untuk pemandu kereta putih tersebut membeli ‘hailak’ atau kereta pacuan empat roda.

Kalau ada kat Sibu, boleh cuba tempat makan ini:

Menyediakan Juadah Masakan Sarawak, Anda Perlu Cuba Restoran Nasi Ulam Di Sibu Ini
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
SUMBER :FB Sibu Go
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
Next Article Kenali Dolphin Rare ‘Empesut’ Dan Mengapa Ia Haiwan Terlindung Sepenuhnya Di Sarawak Kenali Dolphin Rare ‘Empesut’ Dan Mengapa Ia Haiwan Terlindung Sepenuhnya Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?