I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah

Siti Nur Atiqah Manan 9 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kongsi

Warisan keluarga yang dijadikan tempat “homestay” percutian yang unik.

Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah. Pernah ranap disebabkan kebakaran namun dengan tekad untuk mengekalkan budaya dan adat kaum Melanau, Puan Diana Rose sekeluarga bangkit untuk membangunkan semula rumah warisan mereka, Lamin Dana.

Kini, beliau yang merupakan pewaris keluarga sekaligus pengurus Lamin Dana.

Budaya kaum Melanau terserlah di Lamin Dana, Mukah. Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge

“Lamin” membawa maksud rumah dan ”Dana” pula bermaksud lama, menjadikan Lamin Dana “homestay” berlatar belakangkan suasana tradisional Melanau di Mukah. Homestay ini memiliki 2 buah bilik keluarga dan 8 buah bilik penginapan biasa dan bukan sekadar penginapan semata-mata. Namun, pengunjung boleh mendalami keunikan etnik, adat, budaya kaum Melanau.

Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge
Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge

Mula mempelajari adat resam dan budaya seawal usia 8 tahun.

Puan Diana Rose mula mendalami adat resam dan budaya kaum Melanau seawal usia 8 tahun. Semua ilmu yang dipelajari dan didalami oleh beliau telah dijadikan asas untuk memartabatkan lagi unik dan meriahnya Lamin Dana. Para pengunjung dapat merasai pelbagai pengalaman dengan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Antara aktiviti yang menarik untuk dicuba adalah menari tarian tradisional Melanau seperti Tarian Alu-Alu dan Tarian Menyak. Bukan sekadar tarian, aktivitii membuat ”serahang” dan pembuatan makanan tradisional kaum Melanau turut dianjurkan seperti pembuatan sagu, tebaloi dan penyediaan linut.

Kenali Budaya Unik Kaum Melanau di Lamin Dana, Mukah
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge
Sumber foto: FB Lamin Dana Cultural Lodge

Lamin Dana adalah diantara tempat warisan yang perlu menjadi pilihan pelancong untuk menjelajahi Sarawak terutamanya Mukah kerana ianya “2 in 1”. Menyediakan tempat penginapan sekaligus aktiviti untuk pengunjung sertai.

Untuk mengetahui lebih lanjut dengan semua tempat-tempat menarik yang ada di Sarawak, baca juga artikel ini:

SUMBER : Lamin Dana Cultural Lodge
Siti Nur Atiqah Manan 9 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Hidden Gems' Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, 'Port' Wajib Singgah di Miri. ‘Hidden Gems’ Blue Pool Di Tengkorong Waterfall, Port Wajib Singgah di Miri
Next Article Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang
Tempat Menarik

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang

10 Ogos 2022
Tempat Menarik

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah All-in-1 Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak

7 Ogos 2022
Tempat Menarik

Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah

7 Ogos 2022
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Tempat Menarik

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?