• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian

Oleh
Nazihah AN
25 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Taman rekreasi Ranchan di Serian dibuka untuk orang awam

Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian. Ingin menikmati kedamaian ini dengan lebih lama lagi bersama keluarga yang tersayang? Inilah antara tempat yang sesuai untuk anda meluangkan quality time bersama yang tersayang.

Taman rekreasi yang terkenal dengan tingkat air terjunnya iaitu Taman Rekreasi Ranchan merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga. Tempat ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Serian untuk beriadah dan bersantai.

Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian
Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian. Sumber gambar: Twitter @twt_borneomy

Masuk adalah percuma

Jika memandu dari Kuching, perjalanan hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Tidak sukar untuk mencari lokasinya kerana ia terletak berhampiran laluan lebuh raya Pan Borneo serta terdapat papan tanda jalan untuk dijadikan panduan mudah.

Bagi yang pernah mandi-manda di kolam dan air terjun ini, pastinya tidak akan melupakan keindahan semula jadi di sini. Dengan batu-batu kerikil di dasar kolam, air yang jernih dan sejuk serta persekitaran hutan yang sunyi dan mendamaikan, memang tempat sesuai untuk menyegarkan kembali minda dan badan anda.

Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian
Sumber gambar: Twitter @twt_borneomy

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini

Bersantai bersama keluarga tidak akan lengkap jika tidak mengadakan sesi makan-makan.  Aktiviti BBQ boleh dilakukan di sini kerana pihak pengurusan taman ada menyediakan tempat khas untuk tujuan ini.

Bukan sahaja air terjun, tetapi terdapat pelbagai tarikan di sini seperti jambatan gantung, air terjun, keindahan flora dan fauna serta banyak lagi. Dalam pada itu, jangan lupa untuk menjaga kebersihan taman awam ini, bersama kita memelihara persekitaran.

Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian
Tarikan Alam Semula Jadi, Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian. Sumber gambar: Kuchingborneo.info
Ranchan Recreational Park, Serian

Lokasi: Ranchan Recreational Park (Taman Rekreasi Ranchan),  Jalan Taman Rekreasi Ranchan Serian, 94700 Serian, Sarawak
Waktu beroperasi: Setiap hari

Baca juga artikel mengenai air terjun di Sarawak:

Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau
Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Ditikam Hingga Maut, Dua Suspek Ditahan Polis Di Sibu
Next Article Bawa Keperluan Sahaja, Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Aktiviti Hiking

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?