• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan

Oleh
Ismail NA
2 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah diucapkan kepada Sarawak United FC!

Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan. Pasukan bolasepak di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak, Sarawak United FC kembali ke liga teratas Malaysia iaitu Liga Super pada musim hadapan. Berita gembira ini diumumkan menerusi Facebook rasmi Malaysian Football League.

Isi Isi Penting
  • Tahniah diucapkan kepada Sarawak United FC!
  • Mata Sarawak United FC tidak tergugat meskipun tewas kesemua baki perlawanan
  • Konsisten di 3 tangga teratas liga
  • Baca juga kisah pasukan Sabah yang pernah menentang Manchester United :

Pasukan pendahulu #LigaPremier2021, Sarawak United FC sudah mengesahkan slot ke Liga Super pada musim hadapan, tahniah!Selamat datang ke #LigaSuper2022! 🎉

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, September 1, 2021

Mata Sarawak United FC tidak tergugat meskipun tewas kesemua baki perlawanan

Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier daripada Negeri Sembilan FC selepas merakam kemenangan 3-2 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shahdi baru-baru ini. Walaupun masih terdapat baki 3 perlawanan menentang Kuching City FC, Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta’azim II pada bulan September ini, mata yang dikumpul oleh skuad kenyalang emas ini tidak akan tergugat sama sekali biarpun pasukan ini tewas kesemua baki perlawanan.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak United Saif Bujang yang mengesahkan pasukan itu kembali ke di Liga Super 2022 biarpun tidak bermain. Lapor akhbar tempatan, Kuching City FC adalah satu-satunya pasukan yang mampu mencabar kedudukan Sarawak United untuk menempah slot ke Liga Super musim depan.

Namun demikian, kekalahan Kuching City FC kepada Negeri Sembilan FC baru-baru ini telah menentukan mata maksima yang boleh dicapai pasukan itu kini hanya 35, sekali gus menyaksikan mereka tidak mampu lagi bersaing dengan Sarawak United.

Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan
Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan. Sumber : FB Sarawak United FC

Konsisten di 3 tangga teratas liga

Daripada 17 perlawanan yang dihadapi oleh pasukan ini pada Liga Premiere setakat ini, mereka mencatat 11 kemenangan, 4 keputusan seri dan 2 kekalahan. Sepanjang musim ini juga, Sarawak United FC terus konsisten berada di tempat pertama, kedua mahu pun ketiga daripada carta kedudukan liga yang disertai oleh 11 buah pasukan.

Skuad kendalian jurulatih E.Elavarasan ini telah menepati sasaran awal musim untuk menempatkan diri dalam Liga Super musim depan secara merit.

Walau bagaimanapun, perebutan kejuaraan Liga Premiere masih lagi terbuka di antara Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC memandangkan perlawanan Liga Premiere masih lagi belum berakhir. Namun, pasukan Sarawak United FC diramalkan mempunyai peluang yang cerah untuk menyandang gelaran pemenang musim ini kerana mempunyai kelebihan baki perlawanan berbanding Negeri Sembilan FC.

Buat masa ini, Sarawak United FC tetap menerajui kedudukan liga dengan mengutip 37 mata, diikuti rapat oleh Negeri Sembilan FC dengan 35 mata kemudian JDT II di tangga yang ketiga dengan 30 mata.

Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan
Kedudukan terkini setakat 2 September 2021. Sumber : FB Malaysian Football League

Tahniah Sarawak United FC. Encang Sarawak Encang!

Baca juga kisah pasukan Sabah yang pernah menentang Manchester United :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Next Article Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?