• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia

Oleh
Aina Musa
25 Januari 2024
Kongsi
6 Min Bacaan
Kenalilah Kisah Bujang Senang, Buaya Ke-Tiga Terbesar Di Dunia

Betul ke Bujang Senang ni menyimpan dendam dengan masyarakat Iban?

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia. Bujang Senang berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992 namun nama buaya ini masih disebut sehingga ke hari ini. Berikut adalah kisah Bujang Senang dan bagaimana kewujudannya mengganas masyarakat setempat di Sarawak.

Dipercayai Binatang Jelmaan Pahlawan Iban, Simalungun

Menurut mitos, Bujang Senang kononnya jelmaan seorang pahlawan Iban iaitu Simalungun. Pada suatu hari, isteri Simalungun diculik oleh musuh-musuh mereka dan ketika Simalungun cuba menyelamatkan isterinya, isterinya dibunuh. Akibat insiden ini, Simalungun menyerang musuh-musuh nya.

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia
Pertempuran Simalungun dengan musuh-musuhnya. Kredit: Libur

Atas sebab Simalungun mengamalkan ilmu kebal, ia hampir mustahil musuh-musuh nya untuk mencederakan nya. Namun, mereka menyedari senjata mereka berjaya meninggalkan kesan ke atas Simalungun apabila dia berada di dalam sungai. Simalungun berjaya dibunuh oleh musuh-musuhnya dan mayat dia serta isterinya ditinggalkan dalam sungai untuk tenggelam.

Kredit: Tenor

Salah satu saudara Simalungun, seorang dukun yang berkuasa, berusaha untuk mencari Simalungun dan isterinya namun gagal. Dukun tersebut hanya tahu nasib saudaranya dalam mimpi. Menurut mitos Iban, Simalungun memberitahu saudaranya bahawa dia mahu membalas dendam terhadap pembunuh-pembunuhnya.

Pada hari yang keesokannya, dukun tersebut turun ke tebing sungai dan meminta semua tuhan mitos Iban untuk mengubahkan Simalungun menjadi seekor buaya yang berwarna putih. Ia akan diberi nama Bujang Senang dan akan tinggal di Batang Lupar di Sri Aman.

Kenali Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Steemit

Semenjak itu, buaya tersebut menjalankan balasan dendamnya terhadap semua keturunan yang membunuhnya dengan isterinya.

Kebanyakan mangsa buaya ini berbangsa Iban. Ini kerana kebetulan kaum Iban biasanya menduduki di lembah sungai-sungai di Sarawak seperti Sungai Saribas, Sungai Rajang, Sungai Sadong dan sebagainya.

Selama 50 tahun, Bujang Senang menjalankan balas dendamnya sehingga ia berjaya ditembak mati pada 22 Mei 1992.

Selain Bujang Senang, Terdapat Lagi Buaya Besar Yang Ada Di Sarawak

Bujang Senang bukan satu-satunya buaya besar di Sarawak. Terdapat beberapa buaya besar yang masih ada iaitu Bujang Belawai, Bujang Selar, Pak Indon dan banyak lagi.

Walaupun terdapat buaya-buaya yang besar selain Bujang Senang, ia tidak dinafikan bahawa Bujang Senang memang buaya yang sangat besar, sehingga diiktiraf sebagai salah satu lima buaya terbesar di dunia.

Berikut adalah senarai lima buaya terbesar di dunia (dari minimum besar sehingga ke maksimum besar):

  1. Yai (5.5 meter) – Kini berada di sebuah zoo buaya di Thailand iaitu Samut Prakan Crocodile Farm and Zoo. Tidak seperti buaya lain, buaya ini bertoleransi terhadap manusia dan tidak menunjukkan provokasi atau beragresif kepada manusia. Malah, buaya ini senang dibersihkan oleh penjaganya dan juga disentuh oleh para pelawat!
  2. Brutus (5.60 meter) – Status buaya ini masih hidup. Yang membuat buaya ini menarik adalah buaya ini hanya mempunyai tiga lengan. Salah satu lengan nya dipercayai hancur semasa ia bertengkar dengan seekor ikan jerung.
  3. Bujang Senang (5.88 meter) – Dibunuh pada tahun 1992, tengkorak buaya legend ini kini berada di Muzium Sarawak.
  4. Dominator (6.1 meter) – Buaya ini boleh dijumpai dalam sungai yang sama seperti Brutus di Sungai Adelaide, Australia.
  5. Lolong (6.17 meter) – Ditangkap di Filipina pada tahun 2011, buaya ini dilaporkan sebagai buaya yang terbesar pernah ditangkap di dunia. Ketika ditangkap, pakar-pakar mengesyak Lolong berumur sekurang-kurangnya 50 tahun. Sepanjang ia berada dalam captivity, ia dikatakan tenang dan tidak agresif. Setelah 18 bulan ditangkap, ia mati pada 10 Februari 2013.
Bujang Senang dicam daripada jalur putih di atasnya. Kredit: Libur
Kisah Lagenda Bujang Senang, Buaya Ketiga Terbesar Di Dunia
Ketika ditangkap, Lolong dipercayai buaya paling terbesar di dunia yang pernah ditangkap oleh manusia. Kredit: Our Planet

Pantang

Usaha untuk mengurangkan populasi buaya terjejas akibat penentangan budaya dan kepercayaan masyarakat Sarawak, terutamanya kepada kaum Iban. Ini kerana sesetengah mereka percaya bahawa buaya adalah manifestasi semangat sungai, atau ‘Ribai’. Oleh itu, mereka mencuba sedaya-upaya tidak membunuh buaya kerana ia dipercayai akan mendatangkan kemalangan kepada mereka kemudian.

Menurut sumber, dia berkata:

“Orang-orang yang tinggal di tepi sungai masih percaya bahawa membunuh buaya adalah tabu yang tidak dapat dipecahkan … Apa pun agama mereka, apabila ia datang kepada buaya, mereka akan mencuba untuk tidak membunuh buaya, kerana mereka takut hidup mereka akan berada dalam bahaya sekiranya mereka berhampiran dengan sungai.”

Bujang Senang kononnya jelmaan seorang pahlawan Iban iaitu Simalungun . Kredit: Giphy

Crocodile Farms

Jabatan Perhutanan Sarawak telah mengagihkan lesen memburu buaya (untuk mengurangkan populasi buaya) tetapi pada masa yang sama, mereka menggalakkan penduduk tempatan untuk menjalankan crocodile farms. Ia boleh menjadi daya tarikan pelancong, sama seperti Jong’s Crocodile Farm di Siburan dan Miri Crocodile Farm.

Untuk melihat buaya-buaya up close dan selamat, anda boleh berkunjung ke salah satu crocodile farm di atas dan berharapkan anda dididik tentang haiwan-haiwan jurassic ini. Anda juga boleh melihat tengkorak Bujang Senang yang masih berada di Muzium Sarawak.

Baca Artikel Lain Yang Menarik:

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
5 Kisah Lagenda Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Senarai Gerai Bakal Meriahkan Jom Heboh Di Kuching Hujung Minggu Ini Ini Adalah Senarai Gerai Jom Heboh Di Kuching Hujung Minggu Ini
Next Article Sabah VS Manchester United 1980, Perlawanan Bersejarah Yang Jarang Diketahui Rakyat Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?