I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak

Last updated: 31/07/22 11:48 AM
Eizzuddin Emir
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Penghulu wanita India pertama di Sarawak, bahkan di Malaysia

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak. Sarawak cukup sinonim dengan perpaduan dan keharmonian kerana terdapat pelbagai perbezaan tidak kira kaum, bangsa dan agama.

Bangga sebagai anak jati Sarawak menetap di Kuching sejak kecil, Penghulu Lucy Lingam sudah lazim dengan kehidupan di negeri ini kerana hidup di kejiranan yang berbilang kaum dan agama.

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak. Kredit: Selliyal

Seperti ibunya, beliau dilahirkan di Kuching manakala bapanya berasal dari India.

Bergaul dengan rakan-rakan berbeza latar belakang kaum dan agama sejak di bangku sekolah, tidak sukar baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Hokkien, selain bahasa Inggeris.

Lucy Lingam, kebanggaan komuniti India Sarawak

Lucy ialah ‘penghulu’ wanita pertama bagi masyarakat India di Sarawak, dan satu-satunya wanita India yang memegang jawatan itu di negara ini.

Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai ‘Penghulu India’ dan telah membanggakan komunitinya sendiri.

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak. Kredit: The Star

Pelantikan itu adalah kerana penglibatannya dalam bidang politik bersama parti Sarawak United People’s Party (SUPP) dan menyertai parti itu pada tahun 1980-an atas jemputan ketua cawangannya.

Sebelum ini, Lucy yang merupakan eksekutif di sebuah hotel tempatan membuat keputusan memasuki arena politik adalah untuk mengembangkan rangkaian sebagai pengurus hotel.

Semestinya, selok-belok bidang politik bukanlah kepakarannya dan keputusan itulah antara faktor kepada penglibatan aktifnya dalam masyarakat.

‘Kapitan Cina’ Batu Lintang

Sepanjang kejayaan yang telah dikecapi olehnya, Lucy sudah menjadi ‘Kapitan Cina’ untuk kawasan Batu Lintang selama 11 tahun.

Walaupun jawatan itu secara tradisinya ditetapkan untuk pemimpin cina, Lucy mempunyai pertalian rapat dengan orang Cina membuatkan dia layak memegang jawatan itu.

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Kredit: The Borneo Post

Lucy yang juga presiden Persatuan Wanita India Sarawak telah membuka sebuah restoran terkenal masakan asli India ‘Banana Leaf Restaurant‘ setelah meninggalkan industri perhotelan kira-kira 30 tahun lalu.

Mengutamakan kesejahteraan keluarga

Sebagai seorang ibu, sudah cukup menggembirakan apabila melihat ketiga-tiga anaknya hidup dalam keadaan baik.

Sambil berbakti kepada masyarakat, beliau harus mengutamakan kesejahteraan keluarga sebelum perkara lain.

Beliau juga terpaksa mengabaikan khidmat sosialnya untuk menjaga suaminya yang terlantar sakit bertarung melawan strok.

Lucy Lingam sudah lali dengan kehidupan payah dan perit sewaktu berjuang gigih untuk mendapat tempat yang menguntungkan dalam perniagaan serta bidang sosial dan politik.

Kisah hidupnya telah menjadi liku pelajaran dan telah memanfaatkan dirinya serta keluarga dek kerana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari membolehkan dirinya mencapai keseimbangan antara keluarga dan perniagaan serta penglibatan sosial.

Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak
Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak. Kredit: The Star

Semestinya, Lucy merupakan simbol kerana telah mengukir imej wanita yang rajin dalam bidang perniagaan, namun mengambil berat tentang kesejahteraan keluarganya.

Ketahui juga kisah Seniwati Luli Gagat dan Narang anak Adam, dua orang seniwati wanita Iban yang wajib generasi muda pada hari ini kenali. Baca pautan di bawah:

Eizzuddin Emir 31 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF Persembahan Koir Secara Maya, Sekolah Menengah Swasta St Joseph Merangkul Anugerah Emas Di BICF
Next Article 'Heroine' E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham ‘Heroine’ E-Sport Sibu, Nadrah Saufi Bakal Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?