• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Oleh
Nazihah AN
8 November 2023
Kongsi
6 Min Bacaan
Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Kisah Legenda Durian, Mangga Dan Langsat

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda. Pada zaman dahulu, datuk nenek kita sering mendengar cerita dongeng yang diceritakan oleh ibu bapa mereka. Kisah-kisah legenda yang diturunkan secara temurun ini sering meliputi unsur nilai moral, magik dan kepercayaan karut. Walaupun cerita-cerita ini tak sebegitu relevan untuk zaman sekarang, tidak dinafikan kisah-kisah dongeng ini menarik dan sesuai untuk dijadikan bedtime story untuk anak-anak kecil.

Berikut adalah 3 kisah Asia Tenggara mengenai buah tempatan yang kita kenali iaitu buah durian, buah mangga, dan buah langsat.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

DURIAN: Ubat Cinta Yang Memakan Diri

Menurut legenda, buah durian pada asalnya tidak berbau dan berduri. Pada suatu ketika dahulu, pulau-pulau diperintah oleh raja-raja. Salah seorang dari raja tersebut ialah Barom-Mai, dan ditakuti serta dihormati oleh rakyatnya. Walaupun baginda mempunyai kuasa, baginda masih tidak dapat menahan ratu muda dan cantiknya dari melarikan diri ke kerajaan ayahnya setiap kali ratunya mempunyai peluang. Hal ini kerana Barom-Mai tidak kacak bagi ratunya dan ratunya tidak mempunyai hati kepadanya.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Setelah berputus asa, raja itu berunding dengan seorang pertapa tentang bagaimana membuat isterinya tetap di sisinya. Pertapa itu menyuruh raja untuk mendapatkan tiga ramuan iaitu telur tabon hitam, dua belas sendok susu segar dari kerbau bebas calar, dan nektar bunga dari pohon magik.

Barom-Mai berjaya dan turut menggembirakan pertapa itu. Sebelum mengejarkan sihirnya, pertapa itu membuat raja berjanji untuk menjadikannya tetamu kehormatan semasa hari perayaan merayakan kepulangan ratu baginda. Barom-Mai bersetuju, maka bermula lah pertapa melakukan sihirnya.

Sebuah lubang kecil dibuat atas telur tabon dengan hati-hati, kemudian susu kerbau dan nektar dituang ke dalamnya, lalu mengaduk campuran itu bersama tongkat buluh ajaibnya. Pertapa tersebut kemudian menyuruh raja itu menanam ramuan itu di kebunnya, dan suruh isterinya untuk makan buah pokok yang akan tumbuh dari situ.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda
Sebelum ini buah yang licin dan berbau manis. Tetapi disumpah menjadi buah yang berbau dan berduri

Setelah mengikuti arahan pertapa itu, isterinya lalu berjatuh cinta kepadanya setelah merasakan buah yang halus dan harum. Barom-Mai kemudian menganjurkan sebuah pesta tetapi baginda lupa menjemput pertapa itu.

Marah akibat tidak dijemput, pertapa itu menjatuhkan sumpah atas buah itu dan menggantikan wangian manisnya dengan bau yang tidak sedap dan menjadikan kulit buah yang licin itu ke duri.

MANGGA: Hati Seorang Anak Perempuan Yang Bunuh Diri

Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung yang tenang. Dia terkenal dengan sifat cepat marah dan mudah meletup, malah selalu berusaha mendapatkan jalannya.

Oleh itu, tidak menghairankan ketika dia memaksa anak perempuannya yang cantik dan lembut untuk bertunang dengan seorang pemuda yang suka bertengkar, mencerminkan sifat-sifat ayahnya sendiri. Anaknya memohon kepada ayahnya untuk membatalkan pertunangan tersebut tetapi ayahnya tegas menolak dan terus menegaskan bahawa pilihannya adalah yang terbaik.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Setelah tiba hari perkahwinan pasangan itu, anak perempuannya tidak dapat dijumpai. Pihak pengantin tekun mencarinya sehingga salah seorang daripada mereka akhirnya menemui tubuh wanita itu yang tidak bermaya di sebuah sungai terdekat, setelah menikam jantungnya sendiri dengan sebilah pisau.

Akibat kesedihan dan nyesal dengan tindakannya untuk memaksa anaknya berkahwin dengan orang bukan pilihan hatinya, lelaki itu mengimpikan anaknya pada malam pengebumiannya. Dalam mimpi itu, anak perempuannya memimpin ayahnya ke sebatang pokok yang tumbuh di tempat mereka menemui mayatnya. Sebaik sahaja bangun, lelaki itu bergegas ke sungai dan jumpa pohon yang sama, dahannya dipenuhi dengan buah-buahan kuning cerah yang berbentuk hati.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Apabila dirasai, lelaki itu mendapati buah itu manis dan lembut, seperti anak perempuannya yang telah meninggal. Dia turut sedari dia telah mengabaikan perasaan anak perempuannya dan menyesal dengan tindakannya sehingga menyebabkan anaknya membunuh diri.

LANGSAT: Dahulu Beracun, Kini Boleh Dimakan

Pada suatu masa dahulu, langsat dipercayai beracun, sehinggakan semut akan mati apabila berada di dahan pokok langsat. Semua ini berubah apabila seorang lelaki tua berehat dibawah sebatang pokok ketika berjalan dalam hutan.

Dia mencari buah beri di persekitarannya namun yang ada hanya buah langsat. Akibat kelaparan, lelaki tua itu kemudian tidur dan bermimpi seorang malaikat yang mengambil buah langsat dari pokok langsat untuk diberi kepada lelaki itu.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda

Menyedari bahawa lelaki itu takut hendak makan buah yang beracun tersebut, malaikat itu kemudian memicit buah-buahan itu untuk membuang racun dari buah-buahan itu. Lelaki itu kemudian bangun dan melihat kulit-kulit buah langsat berhampirannya. Kerana ingin tahu, lelaki itu cuba makan sebuah dan mendapati buah itu tidak lagi beracun dan sedap dimakan.

Menghargai malaikat itu yang menyelamatkan dia dari kelaparan, lelaki itu menyebar cerita bahawa buah-buahan itu selamat dimakan dan bintik-bintik coklat atas kulit langsat adalah kesan daripada picitan malaikat tersebut.

Kisah Lagenda Disebalik 3 Buah-Buahan Tempatan Yang Pasti Mengujakan Anda
Bintik-bintik coklat dikatakan kesan picitan malaikat itu.

Adakah anda tahu lagi tentang legenda-legenda lain mengenai buah-buahan? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Baca lagi lagenda lain disini:

Pahlawan Iban Tersohor Disumpah Jadi Buaya, Ketahui Lagenda Bujang Senang Di Sarawak
https://www.iloveborneo.my/lagenda-antu-kulir-kisah-mitos-pontianak-pengganggu-kaum-lelaki-di-sarikei/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PMX Kini Beri Lampu Hijau Untuk Siasat Kes Rasuah Atas Menteri Dan Pegawai Tinggi Kerajaan PMX Kini Beri Lampu Hijau Untuk Siasat Kes Rasuah Atas Menteri Dan Pegawai Tinggi Kerajaan
Next Article Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?