• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga

Oleh
Farisha
3 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Nikmati air terjun Menawan di Murum, Belaga

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga. Jika anda inginkan perubahan pemandangan dan ingin mencabar diri melalui aktiviti luar, salah satu tempat yang patut anda lawati ialah Menawan Waterfall.

Bukan sahaja ia tersembunyi, malah anda boleh menikmati keindahan air terjun ini yang menakjubkan serta menghayati alam sekeliling yang mempersonakan tanpa diganggu oleh manusia lain.

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga
Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga. Kredit : Muhammad Syauqi

Air terjun yang tersembunyi

Apa yang membuat air terjun ini istimewa adalah ia merupakan air terjun yang tersembunyi dan jarang dilawati. Terletak di dalam Menawan 3 Estate, anda dikehendaki untuk meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk melawat air terjun ini.

Perlu diketahui juga bahawa anda akan melalui beberapa pusat pemeriksaan keselamatan sebelum anda tiba ke air terjun ini jadi ia lebih baik untuk anda meminta kebenaran untuk mengelak masalah yang tidak diingini.

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga
Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga. Kredit : Muhammad Syauqi

Misalnya anda masih ingin melawat air terjun ini tanpa izin, anda perlu tahu juga bahawa perjalanan ke air terjun ini memerlukan guide yang arif dengan persekitaran kawasan tersebut kerana tiada petunjuk arah atau mana-mana signboard khusus untuk ke air terjun ini.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan 4 wheel drive kerana anda akan melalui ladang sawit semasa perjalanan ke sini. Ia akan mengambil sekitar 5 jam dari Bintulu (iaitu bandar paling terdekat) ke air terjun ini jadi anda dinasihatkan untuk merancang lebih awal.

Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga
Kredit: Muhammad Syauqi

Sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan hujung minggu mereka menikmati alam semula jadi, air terjun ini mesti dilihat oleh pencinta alam. Sudah tentu, pastikan anda memastikan kebersihan tempat itu jika anda berkunjung. Bak kata pepatah Inggeris – ambil hanya kenangan, tinggalkan hanya jejak!

Banyak lagi tempat menarik di sini:

Nikmati Percutian Tenang Dikelilingi Alam Semulajadi Di The Village House Santubong
https://www.iloveborneo.my/nikmati-pemandangan-gunung-jom-camping-di-polumpung-melangkap-view-di-sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi Pengurus Dedah Rahsia Mengapa Kek Viral Mentega Keju Mita Unik Dan Wangi
Next Article Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?