Siapa penggemar beehoon belacan anda perlu singgah di sini
Ini 5 Port Bihun Belacan Paling Padu Di Kuching Anda Kena Cuba. Tahukah anda bihun belacan atau mi belacan ini merupakan salah satu hidangan unik kegemaran masyarakat di Sarawak. Boleh dihidangkan sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam, bihun belacan ini amat sesuai untuk dinikmati bila-bila sahaja.
Kombinasi kuah pekat bihun belacan digabungkan dengan bihun, sotong kembang, hirisan timun dan yang paling penting telur padi atau digelar century egg ini pasti akan buat anda jatuh cinta dengan menu ini.
Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 port makan yang menyediakan bihun belacan paling mantap pak abu di Kuching.
1. Mom’s Laksa Jalan Astana

Walaupun terkenal dengan menu laksa Sarawak mereka, di sini juga ada menyediakan menu bihun belacan yang padu. Anda boleh ke Mom’s Laksa Jalan Astana untuk menikmati menu enak ini.
Maklumat penting
Lokasi: Ground Floor, Ave Astana, SL-2, Jalan Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 5:00am-4:30pm
Hubungi mereka: 019-812 8587
2. Lock Ann

Terkenal dengan menu ais kacang nya yang enak dan menyegarkan, Lock Ann juga menyediakan bihun belacan yang lazat. Kombinasi bihun belacan dimakan bersama ais kacang sememangnya perfect! Lock Ann mempunyai 3 cawangan utama mereka iaitu di Jalan Satok, Matang dan Heritage, Kuching.
Maklumat penting
Lokasi: 2594, Jalan Satok, KNLD, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 11am-6pm
Hubungi mereka: 016-864 8338
3. Cendol Mami

Selain dari cendolnya yang sedap, bihun belacan di sini juga menjadi menu kegemaran buat ramai pelanggan mereka. Bertempat di Jalan Matang, anda perlu cuba bihun belacan di sini bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.
Maklumat penting
Lokasi: 1, Q309, Taman Melati 2, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 11am-6pm
Hubungi mereka: 017-280 3474
4. Subree Kopitiam

Dihidangkan dengan portion yang besar beehoon belacan di sini juga memang sedap. Jika anda berkunjung ke Subree Kopitiam di Petrajaya ini, anda perlu pesan menu bihun belacan mereka.
Maklumat penting
Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 8am-8pm
5. Old Rex Cafe

Kedai makan legend di Bandaraya Kuching ini juga menyediakan menu bihun belacan. Lokasinya di Jalan Satok, Old Rex Cafe juga terkenal dengan cucur udang mereka. Makan bihun Belacan bersama cucur udang legend pun sedap jugak.
Maklumat penting
Lokasi: GR SL2 LT569, Jalan Nanas, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 6:30am-5:00pm
Hubungi mereka: 016-888 6700