• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali ‘Not’, Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam

Oleh
Husna Hazmi
4 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Alahaii comel betullah!

Kenali ‘Not’, Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam. Kucing merupakan haiwan yang sangat pintar, intuitif, mempunyai refleks sepantas kilat serta mempunyai kemahiran membuat keputusan yang cepat dan ketangkasan yang luar biasa. Selain daripada dijadikan haiwan peliharaan, kucing juga merupakan terapi yang baik untuk manusia.

Kenali 'Not', Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam
Kenali ‘Not’, Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam. Kredit gambar: Han Ali

Seekor kucing pintar yang menjadi jurupandu ketika hiking

Ya, anda tak salah dengar tau! Baru-baru ini, menerusi perkongsian menarik di Facebook, Han Ali telah memuatnaik pengalaman mengikuti jurupandu (tour guide) comel iaitu seekor kucing pintar ketika hendak hiking di Curtain Waterfall di Bengoh Dam! Biasanya kita selalu dengar anjing jadi jurupandu kan, tapi di Bengoh Dam, anda boleh jumpa seekor kucing yang menjadi jurupandu ketika hiking.

Seperti yang telah dimuat naik oleh Han Ali di Facebook, kucing yang bernama Not merupakan jurupandu bagi mereka yang hendak hiking ke Curtain Waterfall di Bengoh Dam. Not akan menemani anda sepanjang perjalanan ke air terjun tersebut dan kemudiannya akan membantu anda menemui jalan balik daripada Curtain Waterfall itu.

Not adalah good boy

Not juga merupakan kucing yang baik dan tidak akan lari meninggalkan anda jika anda memilihnya menjadi jurupandu anda. Not sebenarnya kucing kebun di mana ia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebun padi tuannya.

Tuan Not kerap menjenguknya dan memberinya makan dan setelah selesai kerjanya menjaga kebun padi, Not akan bertukar syif menjadi jurupandu pula. Tengok, kucing pun ada dua kerja apatah lagi kita manusia?

Kalau anda cukup bertuah, anda boleh lah berjumpa dengan si kucing cilik ini di Bengoh Dam dan Not boleh membantu anda dengan menjadi jurupandu untuk sampai ke destinasi anda di Curtain Waterfall ye!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas Tak Dapat Diberi Vaksin Covid-19 Atas Faktor Perubatan? Anda Boleh Mohon Sijil Khas
Next Article Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?