• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini

Oleh
Nazihah AN
8 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini

Timbalan Perdana Menteri arahkan kerja naik taraf jalan dipercepatkan

Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini. Kerja-kerja menaik taraf jalan balak yang menghubungkan kawasan pedalaman di seluruh Sarawak akan dilaksanakan dalam waktu yang singkat dan dijadualkan siap sebelum perayaan Krismas tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa projek Jiwa Murni pernah meningkat taraf keseluruhan jalan sepanjang 578 kilometer beberapa tahun yang lalu. Namun, kerosakan teruk pada jalan itu kini terjadi akibat penggunaan kenderaan berat, terutamanya lori balak.

Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini
Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini

Banyak jalan yang perlu dinaik taraf khususnya di Miri, Limbang dan Belaga

Oleh itu, apabila melaksanakan kerja menaik taraf jalan itu, keutamaan akan diberikan pada jalan yang tidak lagi melalui kawasan pembalakan. Manakala di kawasan yang masih dilalui lori balak, ia akan diberi keutamaan kedua.

Projek itu dijadualkan siap sebelum 25 Disember tahun ini. Ini bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada penduduk untuk balik kampung menyambut perayaan, tetapi yang lebih penting ialah mengelakkan daripada musim tengkujuh.

Ahmad Zahid menyatakan bahawa kebanyakan jalan terbabit terletak di kawasan utara Sarawak, khususnya di Miri, Limbang dan Belaga. Pelaksanaan projek menaik taraf jalan itu tidak lagi menggunakan kaedah Jiwa Murni, tetapi kerajaan Sarawak mempunyai kaedah sendiri untuk menyelesaikan masalah itu.

Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini
Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini

Projek menaik taraf jalan pedalaman itu antara 60 keputusan yang dicapai dalam mesyuarat

Oleh itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam pelaksanaan projek yang sangat diperlukan oleh penduduk pedalaman itu.

Beberapa garis panduan disediakan oleh kerajaan Sarawak terutamanya dalam penawaran tender. Sarawak mempunyai penanda aras yang baik dalam pelaksanaan projek itu dan KKDW menjadikannya sebagai panduan untuk dilaksanakan bukan saja di Sarawak, tetapi juga di negeri lain. Penanda aras oleh kerajaan Sarawak itu adalah yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan atau masalah projek lewat yang disebabkan oleh pelaksana yang berkeupayaan rendah.

Projek menaik taraf jalan pedalaman itu antara 60 keputusan yang dicapai dalam mesyuarat koordinasi bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di luar bandar antara KKDW dan kerajaan Sarawak. Semua projek di luar bandar akan dipantau oleh jawatankuasa teknikal KKDW bersama beberapa kementerian kerajaan Sarawak.

Kerajaan Arah Siapkan Naik Taraf Jalan Di Pedalaman Sarawak Sebelum Krismas Tahun Ini

Ketahui juga bahawa kerajaan bakal bina sawah padi di Sarawak, lihat pautan di bawah:

Atas Kerjasama Dengan FELCRA, Sawah Padi Bakal Ditubuhkan Di Sarawak
Terletak Di Tengah Kuching, Bangunan Sheraton Hotel Ini Jadi Tumpuan Netizen Sarawak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kementerian Perumahan Antara Agensi Paling Banyak Terima 'Complaint' Dari Warga Sarawak Kementerian Perumahan Antara Agensi Paling Banyak Terima ‘Complaint’ Dari Warga Sarawak
Next Article Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?