• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Oleh
Husna Hazmi
3 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jalan runtuh tersebut berlaku susulan hujan lebat sepanjang malam.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh. Akibat jalan runtuh tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengambil langkah awal untuk menutup laluan Jalan Melekun-Mujong, kira-kira 16 kilometer dari bandar Kapit susulan kejadian jalan runtuh yang dilaporkan jam 5.30 pagi semalam.

Isi Isi Penting
  • Jalan runtuh tersebut berlaku susulan hujan lebat sepanjang malam.
  • Laluan itu berbahaya digunakan
  • Rumah di Kampung Muhibbah dan Kampung Baru turut dinaiki air banjir
  • Jalan Angkong dinaiki air sedalam 0.5 meter

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Erwandy Tugor, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tanah mendap susulan hujan lebat sepanjang malam.

“Kejadian itu disebabkan kelembapan tanah berikutan hujan berterusan sepanjang malam tadi. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Satu lencongan akan dibuat untuk menghubungkan kawasan Mujong dengan bandar Kapit,” katanya.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh
Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Laluan itu berbahaya digunakan

Jelas beliau, keadaan tersebut menyebabkan laluan itu berbahaya digunakan dan langkah mengepung kawasan mendapan dilakukan bagi keselamatan pengguna.

“Ketika ini, kita menunggu jentera untuk membantu membuat lencongan ke Mujong dan bandar Kapit.

“Lebih 10 rumah panjang di sepanjang laluan itu terjejas akibat insiden terbabit,” tambah beliau ketika dihubungi semalam.

Di samping itu, beberapa kawasan rendah di bandar itu turut dinaiki air banjir, kata Erwandy.

Antaranya adalah jalan masuk menuju ke Rumah John Ramba yang telah dinaiki air sedalam 0.3 meter sehingga 0.5 meter dengan trend air masih menaik.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Rumah di Kampung Muhibbah dan Kampung Baru turut dinaiki air banjir

Selain itu, masing-masing sebuah rumah di Kampung Muhibbah dan Kampung Baru turut dinaiki air banjir 0 hingga dua meter hingga satu meter.

Dalam kejadian berasingan, beberapa kawasan rendah di daerah Kanowit turut dinaiki air banjir ekoran hujan lebat sepanjang malam.

Ketua Balai dan Penyelamat Kanowit Arrahman Chik berkata sepanjang pemantauan didapati situasi banjir berada keadaan terkawal.

Jalan Melekun-Mujong Di Kapit Kini Ditutup Susulan Jalan Runtuh

Jalan Angkong dinaiki air sedalam 0.5 meter

“Antara kawasan dinaiki air banjir ialah Jalan Angkong dinaiki air sedalam 0.5 meter dan Jalan Rantau Kemiding dinaiki air sedalam satu meter dan masih boleh dilalui semua kenderaan.

“Bagaimanapun, agak berbahaya bagi kenderaan ringan di Jalan Lukut/Penyulau dilimpahi air banjir berkedalaman 3.0 meter,” kata beliau.

Katanya, sepanjang rondaan didapati keadaan air naik perlahan-lahan serta cuaca kini dalam keadaan mendung.

Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Ustaz Ebit Lew Dilarang Beri Bantuan Di Semporna, Ini Penjelasan Daripada Taman-Taman Sabah
Next Article Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM388 Dengan Hanya Mengambil Gambar CNY OOTD Terbaik Anda Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM388 Dengan Hanya Mengambil Gambar CNY OOTD Terbaik Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?