• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
6 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak

Rai kepelbagaian kaum di Sarawak

Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak. Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran sambutan atau aktiviti keagamaan yang boleh meningkatkan perpaduan kaum dalam kalangan etnik majoriti dan minoriti di negeri ini.

Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak. Sumber: Utusan Borneo

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Sarawak sentiasa menekankan kepelbagaian budaya dan mempamerkan keunikan perpaduan kaum dengan pelbagai cara.

Sambutan seperti ini mampu meningkatkan perpaduan kaum di Sarawak

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menyokong pelbagai sambutan dan aktiviti perayaan tanpa mengira kaum dan agama yang secara langsung dan tidak langsung akan menggalakkan perpaduan dan keharmonian di Sarawak,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jeffry Phang yang juga Setiausaha SUPP Senadin pada Majlis Sambutan Perayaan Navarathiri di Kuil Sri Kamini Durga Eswari Amman semalam.

Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak
gambar hiasan

Menurutnya, adalah penting bagi rakyat Sarawak untuk terus berwaspada menjaga perpaduan dan keharmonian kaum.

“Kita tidak sepatutnya membenarkan ekstremis, sama ada kaum, agama, politik atau sosial untuk menggunakan pengaruh yang tidak wajar dan menjejaskan kestabilan, keamanan, perpaduan dan keharmonian di Sarawak,” jelasnya.

Mengulas mengenai perayaan itu, ADUN Senadin itu memberitahu telah menghadiri perayaan itu hampir setiap tahun bagi memberi sokongan terhadap Persatuan Hindu Miri.

“Sambutan Navarathiri merupakan salah satu perayaan utama yang dianjurkan Persatuan Hindu Miri di Miri setiap tahun.

Rakyat sama-sama memahami perayaan dan adat etnik lain

“Saya telah difahamkan bahawa perayaan Navarathiri adalah salah satu acara kerohanian utama dalam kalendar Hindu dan hari ini adalah hari terakhir perayaan ini dan sememangnya merupakan penghormatan besar saya untuk mengambil bahagian dalam perayaan hari terakhir ini,” jelasnya.

Tambah beliau, salah satu aspek yang paling menyeronokkan dan memenuhi peranannya sebagai menteri di Sarawak ialah berpeluang bertemu dan bercakap dengan orang awam dari latar belakang budaya yang berbeza.

Kerajaan Negeri Sentiasa Sokong Penganjuran Sambutan Keagamaan Di Sarawak
Gambar hiasan

“Ini jelas membolehkan saya memahami perayaan mereka dan belajar tentang adat dan tradisi mereka juga.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Navarathiri kepada semua rakan Hindu di Miri serta Sarawak,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Hindu Miri Murugayah Veloo.

Kenali etnik-etnik minoriti di Sarawak:

https://www.iloveborneo.my/kenali-etnik-miriek-suku-kaum-yang-hilang-di-sarawak/
Lebih Daripada 20 Etnik, Jom Kenali Lebih Lanjut Mengenai Orang Ulu

.

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin 2 Tahun Lengang, Kini Hampir Semua Kedai Kembali Beroperasi Di Pasar Serikin
Next Article Kereta Dihempap Pokok Di Jalan Kidurong Akibat Hujan Lebat Kereta Dihempap Pokok Di Jalan Kidurong Akibat Hujan Lebat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?