• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri

Oleh
Husna Hazmi
26 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan Sarawak sedang kaji tubuh tabung pencen sendiri

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri. Dilaporkan, Kerajaan Sarawak kini dalam proses mengkaji kemungkinan menubuhkan tabung pencennya sendiri bagi penjawat awam negeri, menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan penstrukturan semula dalam perkhidmatan awam negeri bagi menyesuaikan pendekatan baru ini.

Beliau berkata kita tidak harus bergantung sepenuhnya pada sistem pencen sedia ada, sebaliknya, perlu menerokai kaedah baharu dalam perancangan persaraan.

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri
Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri. Sumber gambar: Astro Awani

Antara pilihan yang sedang dikaji

Antara pilihan yang sedang dikaji termasuk sistem Jawatan Berasaskan Caruman atau menubuhkan tabung pencen sendiri yang berasingan atau mungkin bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan langkah baharu ini, beliau yakin ianya boleh meningkatkan gaji penjawat awam yang kini rendah dan tertakluk kepada had undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024 yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Persekutuan, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, malam tadi.

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri
Gambar sekadar hiasan

Sebagai Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Sarawak, Abang Johari turut menjelaskan bahawa melalui pendekatan sistem sendiri dan idea inovatif, gaji penjawat awam akan lebih kompetitif di pasaran pekerjaan. Namun, beliau mengingatkan bahawa inisiatif ini memerlukan usaha meningkatkan hasil negeri.

Beliau berkata jika ada keupayaan, kenapa tidak? Kerajaan Sarawak telah berusaha keras untuk meningkatkan hasil negeri, dan Alhamdulillah, terdapat tanda-tanda peningkatan.

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri
Gambar sekadar hiasan

Kemungkinan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam

Selain itu, beliau turut memberi bayangan tentang kemungkinan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam Sarawak dalam pembentangan Bajet Negeri 2025 bulan depan. Menurutnya, peningkatan hasil negeri sewajarnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kebajikan rakyat, terutamanya penjawat awam yang telah memberi sumbangan besar kepada negeri.

“Jadi, tunggu sahaja bulan depan,” tambahnya, sambil mengulangi komitmen bahawa hasil negeri yang meningkat akan dikembalikan kepada rakyat.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini:

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Polis Miri Mohon Bantuan Orang Ramai, Kesan Wanita Bagi Siasatan Kes Penganiayaan Kanak-Kanak

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Sumpit, Senjata Tradisional Yang Digunakan Oleh Kaum Penan Ketahui Sumpit, Senjata Tradisional Yang Digunakan Oleh Kaum Penan
Next Article Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?