• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sumber: Tiktok Cikgu Spiderman Al Tarmizi

Video yang tular di TikTok tersebut telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen

Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan. Jikalau anda sering menonton konten-konten yang berkait dengan dunia pendidikan terutamanya di Sarawak, pastinya anda mengenali sosok seorang guru asal Semenanjung yang mendapat jolokan Cikgu Spiderman.

Menerusi salah satu video terbaharunya di platform TikTok, guru tersebut mengundang sebak orang ramai apabila anak muridnya sanggup mengejarnya hingga ke hujung jalan kampung semata-mata untuk memberikan lambaian dan penghormatan terakhir kepada guru kesayangan mereka.

Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan.
Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan. Sumber: TikTok Cikgu Spiderman Al Tarmizi

Pernah beberapa kali tular sebab jadi Spiderman dan tukar kelas jadi kafe hipster

Cikgu Tarmizi atau lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Spiderman pernah beberapa kali tular sebelum ini apabila menggunakan berbagai kaedah kreatif untuk mendidik dan menghiburkan pelajarnya di SK Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro. Salah satunya adalah menggunakan kostum adiwira Spiderman semasa menyambut kedatangan pelajar ke sekolah sebaik sahaja sekolah dibuka sewaktu musim COVID dahulu.

Bukan itu sahaja, guru yang memiliki nama sebenar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob ini juga sanggup berhabis wang ringgit untuk menukarkan kelasnya menjadi sebuah kelas berkonsepkan kafe hipster. Suasana tersebut ternyata memberi semangat baru untuk anak muridnya lebih seronok untuk belajar.

@cikguspiderman7

terlalu banyak kenangan ..lambaian terakhir…..#edutiktok #thecafeclass #cikgupedalaman #cikguspiderman #melanau #sarawak #inspirasi

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Impak Cikgu Tarmizi membekas dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia

Meninjau di ruangan komen, lambaian selamat tinggal Cikgu Tarmizi bukan sahaja memberi kesan kepada anak muridnya, tetapi juga netizen dari seluruh negara yang terharu dengan pengorbanan Cikgu Tarmizi mencurah bakti tanpa keluh kesah di pedalaman Sarawak.

Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan.
Sumber: TikTok Cikgu Spiderman Al Tarmizi
Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan.
Sumber: TikTok Cikgu Spiderman Al Tarmizi

Ada juga komen yang menceritakan bahawa Sarawak meninggalkan kesan yang mendalam buat bekas guru yang pernah mengajar di sana. Malah, ada yang selepas bertahun-tahun masih rindu dengan tempat lama mereka mengajar di Sarawak.

Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan.
Sumber: TikTok Cikgu Spiderman Al Tarmizi

Semoga Cikgu Tarmizi akan tetap memberi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dan pelajar di Malaysia, tidak kira di mana sahaja beliau berada.

Terima kasih untuk segala ilmu bakti yang dicurahkan buat anak-anak di Sarawak, Cikgu Spiderman.

Jika anda belum pernah membaca kisah Cikgu Tarmizi, ini artikel tentang beliau yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Berubah Jadi Spiderman, Cikgu Pedalaman Sarawak Ini Buat Kejutan Sambut Pelajar Ke Sekolah
Guru Sekolah Pedalaman Di Sarawak Ini Ubah Bilik Darjah Jadi Cantik Guna Elaun Sendiri
Gigih Angkut Deko Guna Motorsikal, Puas Hati Tengok Guru Pedalaman Sarawak Ini Ubah Kuarters Usang Jadi Cantik
Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro

SUMBER :TikTok Cikgu Spiderman Al Tarmizi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri
Next Article Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?