• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching

Oleh
Aina Musa
11 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching

Kuching bakal miliki litar lumba khas untuk motosikal dan kereta

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching. Menurut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata cadangan membina litar lumba khusus untuk motosikal dan kereta di Kuching masih di peringkat perancangan.

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching. Kredit Foto: Bernama

Usaha itu bertujuan untuk mengelak berlaku gejala tidak sihat di kalangan belia di Sarawak selain mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata lokasi bagi pembinaan litar berkenaan juga masih belum dimuktamadkan.

Kemungkinan bakal dibina di Petra Jaya

“Belum lagi (dimuktamadkan lokasi) tetapi kita rancang litar lumba terbabit mungkin dibina di kawasan Petra Jaya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Sarawak 2022 semalam.

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching
Kredit Foto: Borneo Network

Sementara itu, Rentap meminta belia Sarawak yang berminat menyertai aktiviti perlumbaan motosikal atau kereta untuk menyertai kelab atau persatuan perlumbaan tempatan.

“Ini supaya kita dapat kawal selia mereka. Jika tidak berdaftar, kami tidak dapat jamin (keselamatan mereka),” katanya.

Menurutnya isu perlumbaan haram dalam kalangan belia pada masa kini turut menjadi antara perkara dibangkitkan dalam mesyuarat MPBN peringkat Sarawak.

Usaha ini merupakan satu kompenen yang penting dalam memacu agenda Sarawak untuk mencapai status negeri maju pada 2030.

Anda peminat sukan lasak? Jom cuba aktviti lasak ini di sekitar Kuching:

https://www.iloveborneo.my/minat-sukan-ekstrem-jom-cuba-sukan-lumba-go-kart-di-serapi-borneo-race-track-kuching/
https://www.iloveborneo.my/penggemar-aktiviti-lasak-jom-cuba-main-paintball-di-mambong-kuching/
SUMBER :Bernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu
Next Article Lori Tak Bertanggungjawab Langgar Lari Penunggang Motosikal Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?