Ajaklah kawan-kawan anda sekali!
Penggemar Aktiviti Lasak? Jom Cuba Main Paintball Di Mambong, Kuching. Dah selalu sangat jalan-jalan untuk melihat pemandangan, apa kata anda pergi di sini bersama kawan-kawan anda untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan. ianya bukan sahaja dapat release tension, bahkan ianya dapat menggerakkan tubuh badan kita untuk rekreasi.
Jika anda dan rakan-rakan anda mahukan aktiviti yang menerujakan, anda boleh sambung baca artikel ini di bawah. Memang confirm ianya bagi pengalaman yang tidak boleh dilupakan!


Paintball Mambong, Kuching
Tempat ini terletak di kampung Mambong, Jalan Mambong- Sarig. Kalau anda pernah ke Pulapol atau jalan ke Puncak Borneo, di situ lah Kampung Mambong. Kalau anda masih belum familiar lagi di mana, jangan risau! Kami akan sertakan pautan lokasi di bawah.




Memang ngam untuk kaki gamer ni!
Untuk kaki gamer seperti PUBG, aktiviti ini sangatlah sesuai untuk anda. Bolehla fefeeling macam nak pergi war, kan?
Padang menembak paintball di Mambong menjadi pilihan kerana susun atur padang tersebut seolah-olah susun atur untuk pertandingan kejohanan. Terdapat pelbagai bunker dan halangan buatan manusia yang boleh digunakan sebagai ‘cover’ atau dinding apabila anda bermain.




Macam real lnak pergi war dah ni!
Anda tidak akan sesat kerana padang paintball tersebut tersusun cantik dan teratur. Anda boleh mengelak daripada pihak lawan. Jika anda ingin melihat susun atur kawasan ini dahulu, anda boleh lihat gambar yang telah dimuat naik halaman Facebook mereka.
Untuk main paintball ini, anda boleh walk-in dan booking di laman Facebook mereka!
Lokasi: Kampung Mambong, Jalan Mambong-Sarig 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu beroperasi: 11.00am- 5.00pm (Sabtu & Ahad sahaja)
No telefon: 019-848 4248 (whatsapp)