• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Oleh
ILB - AI
11 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mulu ‘syurga tersembunyi’ lokasi wajib dikunjungi

Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu. Bercakap saja soal keindahan alam, semestinya perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah negeri Sarawak yang kaya dengan pemandangan hutan hujan tropika.

Bahkan, Sarawak juga adalah negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama saiz dengan Semenanjung Malaysia jika dilihat dalam peta.

Penggemar percutian alam semula jadi boleh memilih untuk berkunjung ke serata Sarawak misalnya seperti gua yang unik, air terjun yang bersih, pantai yang indah dan tidak lupa juga kaya dengan tarikan budaya dan warisan sejarah

Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu
Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Arif Azhar telahpun berkongsi lokasi syurga tersembunyi di Mulu, Sarawak yang seakan-akan seperti sungai Amazon.

Menerusi perkongsian tersebut, Arif berkesempatan mengharungi perjalanan 4 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Mulu untuk tiba di lokasi yang dikatakan sebagai ‘syurga tersembunyi’ itu.

@arip.ye

Siapa kata bercuti ke Sarawak bosan? Anda wajib tengok video ni! #tiktok #sarawak #mulu #maswings #fyp #travel #nature

♬ original sound – Arif Azhar ( aripye ) – Arip Ye 🇲🇾 Traveller
Part 1 perjalanan Arif di Mulu. Kredit: TikTok Arip.ye

Eksplorasi di Mulu Sarawak

Setiba di Mulu, Arif menaiki trak untuk menuju ke Marriot Mulu yang hanya memakan masa 15 minit untuk sampai.

Tidak hanya disajikan dengan keindahan hutan hujan tropika, Arif juga menaiki bot untuk pergi ke gua clearwater dengan melalui sungai yang dikatakan ala-ala sungai Amazon.

@arip.ye

Reply to @ngadukediri siapa suka masuk hutan? 🌳 anda wajib pergi ke Mulu, Sarawak! #travel #tiktok #fyp #sarawak #mulu #clearwater

♬ original sound – Best Acapella Songs
Part 2 perjalanan Arif di Mulu. Kredit: TikTok Arip.ye

Untuk pengetahuan, gua Clearwater ialah gua yang terpanjang di Asia, berukuran kira-kira 107 km. Wow 😲

Bagi Arif, perkara wajib untuk disaksikan sewaktu datang ke Mulu adalah aktiviti kelawar terbang keluar daripada gua.

Sememangnya, perkara itu dianggap ‘rare’ kerana jarang sekali kita boleh lihat kejadian itu dan Arif berasa bertuah kerana dapat menyaksikan perkara tersebut lagi-lagi di bumi bertuah Sarawak ini.

Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu
Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu. Mulu Sarawak. Kredit foto: luvfeelin

Cantik kan syurga tersemunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah kalau anda semua bertandang ke sini dulu untuk menikmati percutian alam semula jadi.

Selain di Mulu banyak lagi tempat yang anda boleh terokai di Borneo ini, baca di sini:

https://www.iloveborneo.my/indah-seperti-di-luar-negara-ketahui-dreamland-beach-holiday-homestay-di-kudat/
Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau
SUMBER :TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel
Next Article Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?