• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Bagi Subsidi Tiket Penerbangan Sabah Sarawak 3 Hari Sebelum Perayaan

Oleh
Nazihah AN
15 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kerajaan Bagi Subsidi Tiket Penerbangan Sabah Sarawak 3 Hari Sebelum Perayaan

Subsidi ini akan dilaksanakan selama tiga hari sebelum perayaan

Kerajaan Bagi Subsidi Tiket Penerbangan Sabah Sarawak 3 Hari Sebelum Perayaan. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pelaksanaan bantuan subsidi bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi dengan harga RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Subsidi ini akan dilaksanakan selama tiga hari sebelum perayaan, bermula dari Krismas tahun ini dan diteruskan pada tahun-tahun mendatang untuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, dan Perayaan Krismas.

Kerajaan Bagi Subsidi Tiket Penerbangan Sabah Sarawak 3 Hari Sebelum Perayaan
Kerajaan Bagi Subsidi Tiket Penerbangan Sabah Sarawak 3 Hari Sebelum Perayaan

Langkah ini diambil untuk mengelakkan kenaikan harga penerbangan yang tidak munasabah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa tiket penerbangan dijual pada harga asal untuk laluan-laluan berkenaan jika harganya kurang daripada RM599. Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi RM599, Kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal dan harga maksimum yang ditetapkan.

Keputusan ini diambil selepas persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu. Anthony menekankan bahawa langkah ini diambil untuk mengelakkan kenaikan harga penerbangan yang tidak munasabah, terutamanya semasa waktu puncak.

“Konsep yang kita laksanakan adalah penetapan harga maksimum. Sebelum ini, terdapat isu-isu di mana harga tiket meningkat mendekati waktu perayaan, khususnya tiga hari sebelum perayaan. Tempoh tersebut kita lihat dari data permintaan tertinggi,” katanya.

Anthony menjelaskan bahawa inisiatif pembelian tiket penerbangan untuk perayaan Krismas tahun 2023 akan bermula pada pukul 12.01 tengah malam esok. Bagi perayaan-perayaan seterusnya pada tahun 2024, perlaksanaannya akan bermula pada 1 Januari.

“Tiket penerbangan kelas ekonomi yang disubsidikan ini tidak termasuk cukai dan fi. Orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan domestik seperti AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Berhad, dan Batik Air,” tambahnya.

Walaupun subsidi ini memberi manfaat kepada penumpang, Anthony menyatakan bahawa terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi, termasuk larangan pertukaran tarikh dan penerbangan. Beliau menjelaskan bahawa pertukaran nama tidak dibenarkan, dan tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan variasi dalam terma dan syarat yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat penerbangan.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah:

Rancang Cuti Anda Awal, AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Murah Untuk Tahun 2024
MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Buat Laporan Atasi Masalah Kerosakan Pada Rumah Ini Cara Buat Laporan Atasi Masalah Kerosakan Pada Rumah
Next Article Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?