• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Tanggung RM10K Deposit, Bantu 1,900 Rakyat Sarawak Beli Rumah Pertama

Oleh
Farisha
26 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Beli rumah pertama di Sarawak kini lebih mudah

Kerajaan Tanggung RM10K Deposit, Bantu 1,900 Rakyat Sarawak Beli Rumah Pertama. Kalau ada satu perkara yang semua orang tahu mengenai beli rumah, ia mesti bab deposit yang boleh buat poket kering! Tapi untuk rakyat Sarawak, khususnya golongan muda, ada berita baik – Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) dah bantu kira-kira 1,900 pemilik rumah pertama setakat ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, umumkan bahawa kerajaan negeri menyediakan bayaran deposit RM10,000 untuk pembelian rumah.

Kerajaan Tanggung RM10K Deposit, Bantu 1,900 Rakyat Sarawak Beli Rumah Pertama
Kerajaan Tanggung RM10K Deposit, Bantu 1,900 Rakyat Sarawak Beli Rumah Pertama. Gambar hiasan.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat, terutama anak muda, memiliki kediaman sendiri tanpa perlu risau tentang bayaran deposit yang besar.

Rumah Mampu Milik, Siap Dengan Parking Tambahan

Bantuan ini juga selaras dengan penyerahan kunci bagi Projek Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi Vision Hill, Matang yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan kerjasama Hong Seng Construction.

“Di kawasan ini sahaja ada lebih 250 rumah, bermakna Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan lebih RM250,000 untuk pembayaran deposit rumah kepada pembeli yang layak.

“Paling best, penerima bantuan ni tak perlu bayar balik deposit RM10,000 tu sebab kerajaan GPS yang tanggung,” kata Abang Johari, menurut laporan media tempatan.

Lebih menarik, rumah di Vision Hill ini juga direka dengan tempat parkir untuk dua buah kereta, sesuatu yang jarang ada dalam rumah mampu milik. Biasanya, rumah Sri Pertiwi hanya ada satu tempat letak kereta, tapi Hong Seng Construction buat penambahbaikan tanpa caj tambahan!

HDC & Hong Seng Construction: Bina Rumah Mampu Milik Berkualiti

Menurut Pengarah Hong Seng Construction, Tan Chen Sin, projek ini direka dengan pemilik rumah dalam fikiran – bukan sekadar mampu milik, tapi juga selesa dan praktikal untuk kehidupan harian.

“Tanah projek ini kira-kira 60 ekar, dan satu pertiga daripadanya dibahagikan kepada dua fasa – dengan 252 unit Rumah Mampu Milik Sri Pertiwi dibangunkan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami menyokong visi Kerajaan Sarawak untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya.

Dengan inisiatif ini, makin ramai anak Sarawak boleh memiliki rumah sendiri tanpa terbeban dengan deposit yang tinggi. Harap-harap lebih banyak projek seperti ini akan diperkenalkan supaya lebih ramai rakyat boleh realisasikan impian untuk ada rumah sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Tawar Harga Rumah Mampu Milik, Rumah Bernilai RM300K Kini Serendah RM120K
Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bas Baharu Penduduk Luar Bandar Sarawak, Perjalanan Ke Miri Kini Lebih Mudah
Next Article Sibu Bersiap Sedia Hadapi Banjir Hari Raya, Paras Air Dijangka 6.5 Meter Sibu Bersiap Sedia Hadapi Banjir Hari Raya, Paras Air Dijangka 6.5 Meter

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?