• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching

Oleh
Ismail NA
14 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Gangguan bekalan elektrik tersebut berlaku tengah hari tadi.

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching. Seperti yang semua sedia maklum, Stadium Perpaduan Kuching telah dijadikan sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertaraf mega di daerah ini. Walau bagaimanapun, urusan pemberian vaksin pada hari ini tidak berjalan dengan begitu lancar.

Hal ini susulan terdapat gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di pusat tersebut sekitar tengah hari tadi. Hal ini telah menyebabkan orang ramai beratur panjang di luar kawasan dewan.

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching
Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching

Sesak, tiada penjarakan 1 meter

Namun, apa yang membimbangkan, suasana kesesakan di Stadium Perpaduan hari ini adalah sesuatu yang luar biasa dan agak tidak terkawal. Menurut laporan media tempatan, keadaan yang berlaku di kawasan stadium disifatkan lebih sesak daripada situasi di pasar malam. Malah, tiada penjarakan sosial 1 meter diperhatikan di kawasan stadium.

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching
Foto : FB Ivan Reman via UKAS

Tinjauan di laman komen hantaran Unit Komunikasi Awam Sarawak pula mendapati orang ramai mengadu kawasan sesak dan dipenuhi oleh golongan warga emas, yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir daripada mereka yang terpaksa berjemur di bawah terik matahari sambil menunggu giliran.

Lebih malang, ada yang sepatutnya telah mendapatkan vaksinasi sekitar jam 1.30 petang namun sehingga jam 4 petang, masih berbaris menunggu giliran di luar.

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching
Sumber : FB UKAS

Beberapa individu memberitahu media tempatan bahawa kawasan stadium turut dipenuhi dengan kenderaan tetapi tiada pengawasan yang mengawal selia lalu lintas tersebut. Pihak polis dan RELA juga didakwa hanya memberhentikan kenderaan dan menghalang orang ramai untuk melalui kawasan tersebut namun tiada sesiapa pun yang bertugas menghalakan kenderaan yang datang ke jalan alternatif atau jalan lain untuk meredakan trafik yang bercelaru.

Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching
Foto : FB Anne Kong via UKAS

Orang ramai yang berada di stadium juga tidak dibimbing dalam barisan yang teratur dan diberi panduan tentang apa yang perlu mereka lakukan.

Namun, didapati bahawa terdapat juga individu yang datang terlalu awal ke pusat vaksinasi menyebabkan kesesakan tersebut berlaku.

Sehingga setakat ini, pihak Sarawak Energy Berhad masih membaiki punca gangguan bekalan elektrik tersebut.

Semoga dipermudahkan urusan mereka yang tergendala hari ini. Sentiasa jaga jarak dan SOP.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19
Next Article Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?