Insiden mencemaskan ini undang perhatian netizen
[VIDEO] Kanak-Kanak Berlari Di Highway Serian, Tindakan Pantas Pemandu Dipuji. Sebuah rakaman dashcam yang tular di Facebook, memperlihatkan detik-detik cemas di mana seorang kanak-kanak dilihat berlari di tengah jalan raya di Sarawak.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Gabriel Liew, menunjukkan beberapa kenderaan yang sedang bergerak terpaksa berhenti secara mendadak untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut.
![[VIDEO] Kanak-Kanak Berlari Di Highway Serian, Tindakan Pantas Pemandu Dipuji](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2024/10/IMG_0990-1024x568.jpeg)
Insiden ini difahamkan berlaku di jalan Serian.
Kejadian ini telah menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memuji sikap pemandu-pemandu yang pantas bertindak untuk mengelak daripada merempuh kanak-kanak berkenaan.
Dalam rakaman, kanak-kanak tersebut kelihatan tidak sedar akan bahaya yang menanti di jalan raya, dan berlari tanpa kawalan. Pemandu yang berada di hadapan sempat berhenti dan memberi laluan, sekali gus menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut. Tindakan pantas dan kesedaran pemandu ini telah mendapat pujian ramai yang menganggapnya sebagai tindakan yang wajar dan penuh keperihatinan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut luah rasa prihatin terhadap kanak-kanak tersebut. Ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai faktor keselamatan anak-anak kecil yang berpotensi terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi dengan baik.
Terdapat juga komen yang menasihati ibu bapa dan penjaga untuk lebih berhati-hati dalam memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam pengawasan, terutama sekali apabila berada berhampiran kawasan jalan raya yang sibuk.
