• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Di Lahad Datu, 13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah

Oleh
Farisha
13 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Perbicaraan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional dijadualkan November ini

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Di Lahad Datu, 13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah. 13 orang remaja telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau pada hari Selasa atas tuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun di Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah pada bulan Mac yang lalu.

Mengikut laporan, mahkamah telah menetapkan tempoh perbicaraan selama 10 hari, bermula dari 18 hingga 20 November dan 25 hingga 29 November. Semua tertuduh yang berpakaian putih akan ditahan reman di Jabatan Penjara Tawau mulai hari Selasa sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Di Lahad Datu, 13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Di Lahad Datu, 13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah

Dalam prosiding tersebut, semua tertuduh menyatakan bahawa mereka faham akan pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Pihak pendakwaan dijangka akan memanggil antara 10 hingga 12 orang saksi untuk memberi keterangan sepanjang tempoh perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa kesemua remaja berumur antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di bilik asrama kolej tersebut antara pukul 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac.

Mangsa, yang merupakan penghuni asrama kolej berkenaan, ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu.

Siasatan polis mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa, dan punca kejadian dipercayai disebabkan oleh perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

Polis juga telah merampas alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkaitan dengan siasatan kes tersebut.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, serta tidak lebih dari 12 sebatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Kekal Sebagai Lokasi Popular Mampu Milik Di Malaysia Kuching Kekal Sebagai Lokasi Popular Mampu Milik Di Malaysia
Next Article Tony Fernandes Pula Ikut Serta Trend Gambar Depan Maybank Di Kota Kinabalu Tony Fernandes Pula Ikut Serta Trend Gambar Depan Maybank Di Kota Kinabalu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?