• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Tembakan Di Kedai Kopi Sibu, Keadaan 3 Mangsa Kini Stabil

Oleh
Farisha
2 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga Lelaki Cina Cedera Ditembak di Kedai Kopi Sibu

Kes Tembakan Di Kedai Kopi Sibu, Keadaan 3 Mangsa Kini Stabil. Pihak polis telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki berbangsa Cina yang memaklumkan berlakunya kejadian melepaskan tembakan di sebuah kedai kopi di Lorong 3, Jalan Wong King Huo, Sibu, semalam (2 Januari 2024) pada jam kurang 5.41 petang.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sibu, siasatan awal di tempat kejadian yang melibatkan mangsa seramai 3 orang lelaki berbangsa Cina berumur lingkungan 27 hingga 33 tahun, telah terkena tembakan yang dilepaskan oleh 2 orang suspek yang identiti mereka masih belum dikenal pasti di tempat kejadian. Kedua-dua suspek menaiki 2 buah motosikal.

Kes Tembakan Di Kedai Kopi Sibu, Keadaan 3 Mangsa Kini Stabil
Kes Tembakan Di Kedai Kopi Sibu, Keadaan 3 Mangsa Kini Stabil

Ketiga-tiga mangsa stabil dan sedang dirawat di hospital

Keadaan ketiga-tiga mangsa kini stabil dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Sibu. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Difahamkan, motif kejadian masih dalam siasatan.

Jangan buat spekulasi dan hubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kes tersebut

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Pihak polis turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Mingat anak Bakil (019-8867978) atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kes Tembak Di Sibu, 2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Disyaki Jadi Dalang
Gara-Gara Tembak Kucing Jiran Hingga Mati, Warga Emas Didenda RM20K
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembeli Desak Pemaju Sambung Pembinaan Projek Borneo Semariang Garden Pembeli Desak Pemaju Sambung Pembinaan Projek Borneo Semariang Garden
Next Article Panduan Lengkap Mendaftar Dan Kemaskini PADU

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?