• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam

Oleh
Ismail NA
27 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Laman sesawang kerajaan Sarawak tidak dapat diakses sejak semalam.

Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam. Perkhidmatan yang terjejas ini tidak terhad kepada laman sesawang tetapi juga termasuk kaunter perkhidmatan, kiosk, portal, dan aplikasi mudah alih Service Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Laman sesawang kerajaan Sarawak tidak dapat diakses sejak semalam.
  • Gangguan dalam kalangan pengguna untuk urusan harian seperti pembayaran letak kereta
  • Disyaki berpunca daripada kebakaran di Wisma Bapa Malaysia
  • Baca juga:

Sehingga kini, belum dapat dipastikan waktu perkhidmatan ini akan kembali pulih.

Dalam masa yang sama, aplikasi Spay Global juga turut mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diakses sama sekali.

Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam
Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam

Gangguan dalam kalangan pengguna untuk urusan harian seperti pembayaran letak kereta

Hal ini menyebabkan gangguan dalam kalangan pengguna yang lazimnya menggunakan aplikasi tersebut terutamanya untuk urusan pembayaran tempat letak kereta dan pembayaran bil utiliti.

Walau bagaimanapun, pihak SPay Global memberi jaminan bahawa mereka sedang melakukan urusan pembaikpulih di pelayar sekunder mereka. Aplikasi tersebut dijangka akan kembali normal pada hari ini juga.

Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam

Susulan itu, permohonan maaf dikeluarkan oleh kedua-dua pihak dan memohon agar pengguna dapat bersabar dengan situasi yang tidak dijangka itu.

Disyaki berpunca daripada kebakaran di Wisma Bapa Malaysia

Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan bahawa gangguan teknikal portal Sarawak dan SPay Global ini berkemungkinan berpunca daripada kebakaran bilik pelayar di tingkat tiga, Wisma Bapa Malaysia malam tadi.

Namun demikian, masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pentadbir dan SPay Global berkenaan gangguan teknikal dan kebakaran di bilik pelayar tersebut.

Berita selanjutnya menyusul.

Baca juga:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Penggemar Rasa Kopi Premium Dan Asli? Ini Adalah 3 Senarai Port Menyediakan Kopi Kaw Di Kuching Anda Penggemar Rasa Kopi Premium Dan Asli? Ini Adalah 3 Senarai Port Menyediakan Kopi Kaw Di Kuching
Next Article Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'! Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?