• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

Oleh
Ismail NA
29 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

Keputusan pemohon yang berjaya diumumkan oleh Bank Negara Malaysia hari ini.


Artikel telah dikemaskini

Isi Isi Penting
  • Keputusan pemohon yang berjaya diumumkan oleh Bank Negara Malaysia hari ini.
  • Grab, Boost antara lima pemegang lesen bank digital BNM
  • Anda boleh baca artikel mengenai DUITNOW QR di artikel di bawah :
  • Baca artikel lain:


Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM. Konsortium yang terdiri dari Kerajaan Sarawak, Revenue Group dan Kenanga tidak tersenarai sebagai pemegang lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Keputusan ini diumumkan menerusi sebuah kenyataan rasmi hari ini oleh BNM selepas hampir sebulan tarikh tamat permohonan lesen bank digital.

Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

Konsortium tersebut adalah antara 29 pemohon yang membida untuk memperoleh lesen bank digital tersebut di bawah konsortium SSG Digital Resources Berhad (joint venture kerajaan Sarawak, Revenue Group dan Kenangan Investment Bank Berhad).

S Pay Global, E-Wallet Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

Menerusi laporan portal ekonomi tempatan, gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus pada Februari yang lalu memberitahu bahawa pihaknya sedang dalam peringkat akhir penilaian permohonan dan hanya akan memberi kelulusan lesen bank digital tersebut kepada maksimum 5 firma.

Oleh yang demikian, proses penilaian setiap permohonan perlu dijalankan dengan teliti.

Grab, Boost antara lima pemegang lesen bank digital BNM

Lima firma yang berjaya memperoleh lesen bank digital adalah seperti berikut;

  1. Boost [konsortium antara RHB Bank dan Axiata (Boost Holdings Sdn Bhd)]
  2. Grab (konsortium antara GSX Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn Bhd)
  3. ShopeePay dan SPayLater (konsortium antara Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.)
  4. Aeon Credit (AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad and MoneyLion Inc.)
  5. MoneyMatch (KAF Investment Bank Sdn. Bhd.)
S Pay Global, E-Wallet Sarawak Tidak Berjaya Perolehi Lesen Bank Digital Daripada BNM

BNM menyasarkan lima firma yang diberi kepercayaan untuk memegang lesen bank digital ini untuk mempertingkatkan keterangkuman kewangan. Dengan adanya lesen bank digital ini, firma yang terlibat diharap boleh meningkatkan peluang untuk rakyat turut serta dalam proses ekonomi tanpa mengira halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan mempromosikan pengurusan kewangan yang lebik baik.

Bank digital ini juga boleh membantu individu dan para peniaga untuk mendapatkan akses yang lebih baik kepada solusi personal yang ditunjangi oleh analitik data. Malah, perbankan digital ini juga dijangka dapat menyediakan saluran yang lebih selamat dan selesa untuk melakukan transaksi.

Sementara itu, dalam ekosistem ewallet pula, e wallet Sarawak iaitu S Pay Global juga antara sebilangan kecil e wallet di Malaysia yang masih belum mempunyai kebolehan untuk menggunakan kod QR universal DUITNOW QR seperti ewallet yang lain. DUITNOW QR membenarkan anda mengimbas mana mana kod QR dan melakukan pembayaran dengan menggunakan pelbagai jenis aplikasi ewallet dan juga perbankan terus seperti MAE, CIMB, RHB, Boost, GrabPay dan ShopeePay.

Anda boleh baca artikel mengenai DUITNOW QR di artikel di bawah :

Baca artikel lain:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penerbangan Royal Brunei Airlines Ke Kuching Bakal Disambung Semula, Bermula 1 Mei Ini
Next Article Dahulu Dan Sekarang, Ketahui Apa Trend Fesyen Hari Raya Sebelum Ini! Dahulu Dan Sekarang, Ketahui Apa Trend Fesyen Hari Raya Sebelum Ini!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?