• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe

Oleh
Nazihah AN
27 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'!

Ni baru cool! Korang boleh cuba segala indoor games di sini

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat ‘Cool’! Setiap kali hujung minggu, mesti ada yang tengah plan nak buat apa, tak pun tak tahu nak habiskan masa di mana. Takkan asyik nak pergi tempat sama je setiap minggu, kan? Mesti rasa bosan!

Kalau anda nak tahu, ada satu kafe yang tengah viral di media sosial dan masih hangat jadi bualan orang ramai. Menariknya, ia tidak seperti kafe lain yang pernah anda kunjungi. Di kafe The Unilounge ini, anda boleh bermain indoor games atau permainan papan dengan rakan-rakan.

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'!
Sumber gambar: FB The Unilounge. Kuching

Terdapat pelbagai permainan untuk dipilih sambil duduk dan minum.

Konsep kafe membolehkan pengunjung bermain permainan papan yang ada sambil menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis dan pilihan permainan untuk anda. Jadi, jangan risau kerana anda tidak akan merasa bosan!

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'!
Sumber gambar: FB The Unilounge. Kuching

Kehabisan gambar untuk post di Instagram anda?

Sudah tiba masanya untuk anda memenuhkan ruangan feed anda dengan kafe ‘aesthetic‘ The Unilounge ini. Bukan sahaja pelbagai indoor games dan pelbagai jenis hidangan yang disediakan, setiap sudut di kafe ini juga sangatlah cantik!

Dengan kod warna kafe berwarna soft pink beserta perabot bercorak marble dan berwarna lembut ini mampu memukau sesiapa sahaja! Macam duduk dalam bilik princess lah pulak, kan? Tidak hanya itu, kafe ini juga berkonsepkan floral-themed. Percayalah, kalau pergi sini anda memang tidak mahu ketinggalan untuk bergambar di setiap sudut kafe ini.

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'!
Sumber gambar: FB The Unilounge. Kuching

Dengan bayaran berpatutan, anda boleh mencuba kesemua permainan yang disediakan sambil menikmati pencuci mulut yang juga dijual di sana. Bonusnya, rekaan kafe juga cukup menarik kalau nak buat sambutan hari jadi.

Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'!
Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat ‘Cool’!
The Unilounge

Lokasi: Lots 4370, 4403 & 1642, G/F, Panovel Commercial Centre, Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching
Waktu beroperasi: 12.00pm – 10.00pm (Setiap hari)
No telefon: 012-889 3469

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Kisah Disebalik Butter Coffee Istimewa Daripada Hiap Yak Tea Shop Di Kuching
Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Buat Warga Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kesemua Laman Sesawang Kerajaan Sarawak Termasuk SPay Global Gagal Diakses Sejak Semalam
Next Article Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?