• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ketagih Air Berkarbonat, Kaki Lelaki Usia 21 Tahun Kena Potong

Oleh
ILB - AI
6 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di TikTok, pemuda dipotong kaki kerana kencing manis, terlalu banyak minum air berkabonat

Ketagih Air Berkarbonat, Kaki Lelaki Usia 21 Tahun Kena Potong. Baru-baru ini, satu hantaran video tular di media sosial mengenai kehidupan seorang pemuda berubah sepenuhnya apabila terpaksa merelakan sebelah kakinya dipotong.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, individu itu menjelaskan sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis. Difahamkan kakinya dipotong kira-kira seminggu sebelum Ramadan tahun ini.

Ketagih Air Berkarbonat, Kaki Lelaki Usia 21 Tahun Kena Potong
Sumber: tiktok

Ketagih dengan air berkarbonat

Dalam pada itu, menurut sumber, dia turut mendedahkan dirinya sering ketagihan minum air berkarbonat atau air manis.

“Sebab kencing manis… saya minum lebih air (manis) daripada makanan. Balik sekolah je beli, balik sekolah je beli,” katanya menerusi laman TikTok tersebut.

Sukar untuk bergerak dan melakukan aktiviti

Dipercayai selepas kehilangan kaki kiri, lelaki tersebut mengakui sukar untuk dirinya berjalan sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti. Namun, dia masih berharap agar diberi peluang untuk terus mencari rezeki.

“Rasa susah nak berjalan. Fikir juga kita nak berjalan susah, kerja pun susah,” ujarnya yang pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur selama lebih setahun.

Ketagih Air Berkarbonat, Kaki Lelaki Usia 21 Tahun Kena Potong
Sumber: tiktok

“InsyaAllah kalau ada rezeki masuk (kerja). Kalau tak ada, cari rezeki lain,” katanya lagi menerusi video yang tular di TikTok.

Namun dia tetap bersyukur dan berterima kasih PruBSN memberikannya kaki palsu untuk mudah berjalan

Sementara itu, individu itu turut menzahirkan rasa syukurnya serta meluahkan kegembiraannya apabila menerima kaki palsu daripada badan amal, PruBSN Prihatin.

@kedidi_kakipalsu

Adik Mahathir umur 21 dah kena potong kaki sebab kencing manis🥹 #misibantuankakipalsu #prubsnprihatin #mobilityislife #diabetes #kencingmanis #amputeestory

♬ original sound – kedidikakipalsu – kedidikakipalsu

Manakala, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut. Malah, ramai yang terkesan dengan kisah lelaki itu, sekaligus memberi keinsafan kepada mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sejak Kecil Suka Makan Jajan, Wanita Usia 29 Tahun Dah Takda Kaki Sebab Diabetes
Jari Tangan Dan Kaki Wanita Menjadi Hitam Akibat Cirit-birit, Sampai Terpaksa Potong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siap Ketuk Tingkap, Individu Ini Kongsi Lihat Lembaga 'Berbungkus' Sempat Dirakam Di Kuching Siap Ketuk Tingkap, Individu Ini Kongsi Lihat Lembaga ‘Berbungkus’ Sempat Dirakam Di Kuching
Next Article ‘Counting Days’ Agong Tiba Di Sarawak Buat Kembara Kenali Borneo, Individu Ini Nasihat Ingat Bahasa Istana

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?