• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
15 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Kalau ke Sarawak, Ikan Terubuk wajib dibawa jadi ole ole.

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak. Sebut sahaja Ikan Terubuk, pasti anda akan fikir Sarawak kan? Ikan popular yang menjadi makanan kegemaran penduduk di Bumi Kenyalang tidak mengira bangsa ini kerana rasanya yang memang lazat!

Untuk pengetahuan, Ikan Terubuk adalah sejenis ikan yang terdapat di perairan seluruh dunia dan ia dipanggil Terubuk di Sarawak dan juga Pulau Bengkalis. Di negara jiran seperti Bangladesh, ikan ini dikenali sebagai Ilisha Chandana, di Myanmar dipanggil Daungdana dan di Vietnam pula ia digelar sebagai Trey Palung.

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak
Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak. Kredit foto: I Love Borneo

Ikan Terubuk Sarawak menjadi pilihan orang ramai

Walaupun ikan terubuk ini boleh didapati di negara-negara lain lagi seperti di India dan Sri Lanka, Ikan Terubuk asli dari Sarawak ini menjadi pilihan orang ramai kerana keenakannya yang lain dari yang lain.

Di Sarawak, terdapat 2 jenis Ikan terubuk yang menghuni kawasan perairan Sarawak iaitu dari jenis Tenualose Macrura dan Tenualosa Toli. Kedua-dua jenis ikan terubuk ini memiliki ciri-ciri yang berbeza di mana ikan Terubuk Tenualose Macrura mempunyai mulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan bahagian badannya pula tampak lebih gemuk. Jenis ini sebenarnya adalah ikan terubuk laut dan banyak terdapat di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik.

Buat ikan terubuk jenis Tenualosa Toli pula ia adalah ikan terubuk sungai dan habitatnya banyak terdapat di perairan muara sungai seperti di Batang Lupar di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong. Ramai yang mengatakan bahawa jenis ikan terubuk Tenualosa Toli inilah yang menjadi kegilaan ramai kerana rasanya lebih enak berbanding dengan jenis ikan terubuk Tenualosa Maccura.

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak
Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak. FB Nitasha Nozmi

Perbezaan Ikan Terubuk Sarawak dan Ikan Terubuk Import

Oleh kerana kini lebih banyak ikan Terubuk yang diimport, anda boleh mengetahui perbezaannya di mana Ikan Terubuk Sarawak mempunyai rasa yang lebih berlemak dan lebih segar manakala saiz telurnya pula adalah lebih besar. Selain itu, sisik ikan terubuk Sarawak lebih mudah tanggal berbanding sisik ikan terubuk import.

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak
Kredit foto: I Love Borneo

Telur Ikan Terubuk yang mewah dengan rasa istimewa

Tahukah anda untuk telur ikan terubuk, harganya amatlah mahal dan boleh mencecah RM 500 sekilogram. Ini kerana ianya mempunyai rasa yang mewah dan istimewa dan amat sukar untuk diperoleh daripada para peniaga.

Ikon Pelancongan Dan Wajib Dijadikan Buah Tangan, Ketahui Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak
Keunikan Ikan Terubuk Asli Sarawak. FB Ikan Terubuk Masin Miri

Biasanya, ikan Terubuk ini diproses menjadi ikan masin. Tetapi, ikan terubuk ini juga enak dimakan segar dengan cara masakannya iaitu goreng rangup! Selain daripada digoreng, ikan ini juga enak dijadikan pekasam, dimasak bersama bawang dan cili dan juga dijadikan sambal ikan masin.

Menjadi ikon pelancongan di Bumi Kenyalang di mana ramai pelancong luar wajib membawa balik Ikan Terubuk segar asli dari Sarawak ini sebagai buah tangan, ikan ini amat laris jualannya dan boleh didapati di Pasar-Pasar tamu di Sarawak seperti di Medan Niaga Satok, Kubah Ria, Pasar Basah Serian dan juga Pasar Sentral Sibu.

Jika anda inginkan Ikan Terubuk yang sudah masak pula, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai makan di Sarawak yang ada menjual sajian lazat ini dalam menu mereka.

Teringin nak makan Ikan Terubuk? Dapatkannya di sini:

https://www.iloveborneo.my/ini-3-lokasi-pasar-tamu-untuk-anda-shopping-hasil-tani-rare-di-sarawak/
Teringin Makanan Dan Barang Sarawak? Sarawak Digital Mall Di Shopee Boleh Lunaskan Kerinduan Anda
SUMBER :Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cara Set ‘Child Reminder’ Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta
Next Article Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?