• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kisah Di Sebalik Nama ‘Pulau Burung’, Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau

Oleh
Ismail NA
25 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Pulau Burung, Sebuyau, pulau persinggahan

Ketahui Kisah Di Sebalik Nama ‘Pulau Burung’, Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau. Pulau Burung, satu nama yang cukup terkenal di kalangan para nelayan. Sebuah pulau yang terletak di sekitar perkampungan Sebuyau ini menjadi persinggahan utama para nelayan jika mereka keluar untuk belayar.

Menjadi pilihan persinggahan para nelayan kerana ianya selamat untuk dijadikan tempat perlindungan sekiranya keadaan laut sedang bergelora atau cuaca buruk seperti ribut terjadi ketika mereka belayar. Namun, Pulau Burung ini mendapat banyak perhatian di kalangan masyarakat setempat bukan sekadar sebagai tempat perlindungan sahaja. Ada kisah lain yang menarik tentangnya.

Ketahui Kisah Di Sebalik Nama 'Pulau Burung', Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau
Ketahui Kisah Di Sebalik Nama ‘Pulau Burung’, Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau.Sumber gambar: Mapcarta

Pulau permata, perkuburan Islam, apa kisah sebaliknya?

Satu video Tiktok yang dikongsikan akaun @CeoKapal telah menarik perhatian netizen tentang Pulau Burung ini. Menurut pemilik akaun, Pulau Burung ini turut dikenali sebagai pulau permata. Pulau ini mendapat nama pulau permata kerana dipercayai oleh orang terdahulu bahawa pulau tersebut memiliki hasil permata yang tidak boleh ditemui oleh semua semua. Hanya orang tertentu sahaja.

Ketahui Kisah Di Sebalik Nama 'Pulau Burung', Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau
Sumber gambar: blog

Bukan itu sahaja, menurut pemilik akaun juga pulau ini terdapat banyak perkuburan Islam tinggalan orang lama. Oleh yang demikian, beliau menyarankan sesiapa yang ingin melawati pulau ini, seeloknya untuk membawa dan sedekahkan bacaan Yassin.

Menjadi pilihan untuk para nelayan berlindung daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, ribut, laut bergelora, Pulau Burung ini juga dipercayai menjadi kawasan yang banyak hasil laut dan menjadi kawasan keberuntungan untuk nelayan menangkap ikan.

@ceokapal3.0

Replying to @aremat93 #shouldbeme #fypシ #malaysia #anakpahang #seamantiktok #indonesiatiktok #seafarer #1minit1soalan #indonesia #fypdong #offshore #offshorelife #pelautmalaysia #pelautindonesia #nelayanlautdalam #sabahancrew_fams #kualalumpur #ship #marine #beranda

♬ Puteri Sentubong (Sarawak) – Norma Alang

Mencuit hati, Sebuyau jadi Sebayau

Namun, ada satu yang paling menarik dalam perkongsian pemilik akaun ini apabila beliau tersalah menyebut Sebuyau menjadi Sebayau. Hal ini telah banyak menarik para netizen Borneo diruangan komen dengan membetulkan sebutan beliau dan mereka mengganggap kesilapan ini agak mencuit hati.

Ketahui Kisah Di Sebalik Nama 'Pulau Burung', Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau
Sumber gambar: Tiktok @CEOKapal

Siapa sangka anak Pahang ini telah menerokai dan memberi satu pndedahan baru tentang Pulau Burung ini kepada umum. Mungkin selepas ini pulau tersebut boleh dijadikan satu tempat yang harus dikunjungi walaupun kita bukan seorang nelayan.

Sarawak memang memiliki banyak tempat-tempat yang masih terpelihara semulajadinya yang boleh dilawati seperti:

Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan
Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu
SUMBER :TikTok @CEOKapalMapcartablog
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak
Next Article Kedai Makan Legend Di Kuching, Nikmati Mi Kolok Terbaik Di Sepinang Sari Cafe Satok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?