I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak

Oleh Nur Afifah 25 Februari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Pelbagai cerita aneh timbul setelah perlombongan dihentikan.

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak. Dahulunya, Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak. Tasik yang berwarna hijau kebiruan ini terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching.

Untuk pengetahuan anda, Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh pelombong Cina Bau dengan nama Tai Parit Kongsi pada seawal abad ke-19.

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau, Sarawak
Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau,Sarawak

Aktiviti ini kemudian diambil alih oleh syarikat lombong milik Rajah Brooke, Borneo Company Limited (Tai Parit Goldmine dan Bidi Gold Mine) pada 1899. Namun, operasi lombong itu ditutup pada tahun 1921 ekoran saluran air bawah tanah yang pecah dan menyebabkan lombong itu ditenggelami air.

Ahli geologi di Syarikat Borneo Limited, J.S. Geikie menganggarkan jumlah batuan emas yang masih tersimpan di bawah tanah lombong pada waktu penutupannya adalah sekitar 28,000 tan.

Zaman kegemilangan perlombongan emas di Tasik Biru. Sumber foto: www.bau.com.my

Nama asalnya dikenali sebagai Tasik Tai Parit sebelum ditukarkan menjadi Tasik Biru pada 1970-an. Tai Parit bermaksud parit besar dalam bahasa Cina Hakka. Tasik ini dinamakan sedemikian kerana dipercayai menyimpan emas paling cantik serta berkualiti di dunia.

Walau bagaimanapun, sejak penutupan ini, banyak kisah mitos dan misteri timbul.

Bas terjunam ke Tasik Biru, 29 orang terkorban

Keindahan Tasik Biru seolah-olah satu sumpahan. Pada tahun 1979, tanggal 7 Jun jam 12.50 tengah hari, terdapat sebuah kemalangan membabitkan sebuah bas sekolah milik Bau Transport Company yang terjunam ke dalam tasik ini. Kemalangan tersebut mengorbankan 29 pelajar termasuk dua guru pelatih daripada 67 jumlah keseluruhan penumpang termasuk pemandu.

Keratan akhbar menunjukkan kemalangan tragis bas sekolah di Tasik Biru, Bau. Sumber: mStar

Angkara ‘Raja Tanah’, penunggu Tasik Biru

Ramai penduduk tempatan yang percaya bahawa kejadian ini berlaku disebabkan ‘Raja Tanah’ atau ‘King of Earth’ yang dahagakan nyawa manusia setiap 2 tahun. Korban ini dipercayai akan dijadikan pengawalnya. Kebetulan, angka 29 nyawa yang terkorban memenuhi tempoh setiap 2 tahun daripada tahun 1921 (tahun perlombongan dihentikan) sehingga 1979.

Menurut cerita dongeng penduduk setempat juga, tasik ini dikatakan menjadi habitat kura-kura emas yang menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai.

Kura-kura emas (golden tortoise) yang dijumpai di Barat Bengali, India. Sumber: newsnpr.org

Kemunculan tiga raksasa jadi tanda tanya hingga kini

Dan daripada cerita mitos pula, dikatakan Tasik Biru ini dikaitkan dengan misteri kemunculan tiga raksasa sekitar tahun 1988 yang dikatakan berukuran tiga meter panjang, berenang di bawah permukaan tasik. Penduduk setempat percaya kononnya tiga raksasa itu adalah penjaga tasik dan muncul kerana menentang aktiviti perlombongan semula di tasik berkenaan.

Untuk pengetahuan, pada tahun 1990, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing.

Mendapan dan bantahan penduduk terhadap kerja perlombongan semula emas

Akibat perlombongan semula itu, pemendapan berlaku di beberapa buah tempat di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau.

Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan dan tamatnya lesen melombong syarikat berkenaan, akhirnya pada tahun 1995, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan juga terhenti dengan serta merta.

Kredit foto: Sarawak Tourism Board

Tasik Biru kini makin berseri, jadi pusat tarikan pelancong

Sejak itu, tasik yang memiliki kedalaman 91 meter dan meliputi keluasan kira-kira enam hektar mula dikenali ramai. Sebagaimana tasik lain, tasik yang menjalani kerja pembesaran pada tahun 2000 itu mampu menggamit pelancong untuk singgah sebentar bagi menikmati pemandangan di situ.

Kini, wajah tasik ini semakin diserikan dengan kewujudan food village, para penjaja makanan serta infrastruktur yang lengkap untuk rekreasi dan pelancongan. Antaranya seperti tandas, taman rekreasi, resort dan macam-macam lagi.

Kredit foto: FB K Hot Shot dan Zul Ibrahim

Salah satu tarikan pelancongan terkini di Tasik Biru adalah chalet terapung yang seumpamanya di daerah Bau ini! Baca selanjutnya di sini:

SUMBER : Shafizza A. via Jurnal Academia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyajikan Makanan Orang Ulu Dan Dayak, Nikmati Menu Authentic Sarawak Di Restoran Lepau Kuching
Next Article Kisah Di Sebalik Nama ‘Pulau Burung’, Pulau Persinggahan Nelayan Di Sebuyau

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?