I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak

Oleh Eizzuddin Emir 21 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Warisan turun-temurun yang semakin dilupakan

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak. Negeri Sarawak dilimpahi dengan kekayaan bukan hanya merujuk kepada hasil bumi namun adat, budaya dan tradisi yang pelbagai membuatkan negeri kenyalang ini unik di mata dunia.

Namun, di Sarawak terdapat pelbagai amalan tradisi yang dianggap ‘rare‘ oleh segelintir disebabkan kurang pendedahan mungkin disebabkan arus pemodenan membuatkan ianya semakin dilupakan.

Bercakap sahaja tentang perarakan usungan, pasti ramai generasi muda yang tidak tahu akan kewujudan tradisi ini bahkan cara sambutannya juga tidak pernah di amalkan sebelum ini.

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Pesisir Sarawak
Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak

Cukup sohor di dalam kalangan Melayu Sarawak

Amalan perarakan usungan ataupun tandu ini cukup sohor dalam kalangan komuniti pesisir yang terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Komuniti pesisir ini terdiri daripada beberapa daerah seperti di Kota Samarahan, Asa Jaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau, Triso, Meludam , Beladin, Pusa, Kabong, Tanjung Manis, Mukah, Dalat dan banyak lagi.

Secara amnya, perarakan usungan ini diadakan di majlis perkahwinan dengan cara mengusung pengantin di atas usung mengelilingi kampung untuk meraikan raja sehari itu.

Simbolik usungan dilakukan

Di Belawai dan Kabong, amalan usungan ini tidak hanya meliputi perarakan untuk majlis perkahwinan malah diadakan untuk memuliakan peserta yang baharu sahaja menamatkan pengajian al-Quran.

Semestinya, simbolik sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan pencapaian anak-anak yang baru sahaja menamatkan pengajian al-Quran dan disambut oleh masyarakat setempat di atas pencapaian mereka.

Mereka yang selesai pengajian al-Quran akan dibawa mengelilingi kampung menaiki usungan atau tandu sebagai hadiah dan juga motivasi kepada kanak-kanak lain yang belum menamatkan pengajian al-Quran mereka.

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Pesisir Sarawak
Kredit foto: SarawakVoice

Reka bentuk usungan/tandu

Difahamkan, usungan merupakan alat untuk mengusung atau benda yang diusung manakala tandu pula alat yang berupa kerusi untuk mengusung orang pada zaman dahulu.

Rekaan usungan atau tandu direka mengikut keinginan dan permintaan anak-anak yang menyertai perarakan tersebut.

Antara replika yang dijadikan inspirasi kepada rekaan adalah seperti pesawat, rumah, masjid, perahu, bunga dan juga ikan.

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Pesisir Sarawak
Kredit foto: SNS

Sejarah usungan/tandu pada zaman dahulu

Pada zaman dahulu, usungan merupakan salah satu pengangkutan yang digunakan oleh manusia untuk mengangkat barang dan untuk mengusung orang.

Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mu’adzam Shah, usungan/tandu ini digunakan oleh kerabat diraja sebagai pengangkutan untuk melawat kampung disebabkan tiada kemudahan jalan raya dan kenderaan beroda yang wujud ketika itu.

Bahkan, penggunaan usungan ini sudah meluas di setiap negara dan China merupakan negara terawal menggunakannya seawal tahun 1853.

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Pesisir Sarawak
Bertandu menuju ke istana. Kredit foto: Muzium Pahang

Perarakan ‘usunan’ di Sabah

Berlainan di Sabah pula, amalan perarakan yang sama juga turut diamalkan khasnya dalam kalangan etnik Iranun dan juga Bajau di Kota Belud.

Di Sabah, amalan tersebut diberi nama Usunan atau lazimnya kita kenali sebagai Usungan merupakan alat tandu untuk mengusung golongan bangsawan atau menyambut ketibaan parajurit dan pahlawan dari medan perang.

Namun, segi reka bentuk usungan di Sabah lebih gah dan menarik kerana dihiasi dengan corak yang melambangkan etnik mereka sendiri membuatkan ianya kelihatan unik dan istimewa.

Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Pesisir Sarawak
Perarakan usunan di Kota Belud, Sabah. Kredit foto: hajinalba

Semestinya, usungan atau tandu ini sudah meluas di seluruh negara sejak berkurun lamanya dan sehingga kini ia semakin berevolusi menerusi sambutan dan cara penyampaiannya yang pelbagai.

Walaupun perarakan usungan ini semakin ditelan zaman, terdapat juga generasi yang pernah melalui pengalaman ini membuatkan anak muda rasa ingin tahu tentang kewujudan amalan ini.

Justeru, dengan memperbanyakkan lagi perarakan usungan ini menerusi majlis khatam ataupun majlis perkahwinan, warisan penuh ketertiban ini diperturunkan dari satu generasi kepada generasi masa kini.

Jom telusuri lebih mendalam tentang budaya menarik yang terdapat di Borneo ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarapan Ala Kampung, Kena Cuba Telur Goyang Dan Bubur Ayam Di ‘Ketumbar Kafe’ Kuching
Next Article Gara-Gara Bekalan Elektrik Terputus, Pelajar Di Selangau Sedih Tersingkir Pertandingan Bahas Gara-Gara Bekalan Elektrik Terputus, Pelajar Di Selangau Sedih Tersingkir Pertandingan Bahas

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?