• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak

Oleh
ILB - AI
9 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Musim pilihanraya pasti selalu dengar tentang kata ’undi’

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak. Kalau musim pilihanraya ini, lumrah untuk kita mendengar perkhabaran di berita mahupun pembawaan maklumat dari mulut ke mulut tentang ’undi’.

Namun, tahukah kita bahawa di musim pilihanraya ini terdapat beberapa istilah yang akan selalu bermain di halwa telinga kita seperti undi pos, undi awal, undi biasa dan undi rosak. Jadi, mari kita telusuri dengan lebih lanjut tentang makna disebalik istilah ini.

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak
Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak. Sumber gambar: my Metro

Undi pos dan undi awal, undi yang dilakukan sebelum hari pengundian sebenar

Undi pos adalah satu kaedah pengundian yang dilakukan beberapa hari sebelum tarikh pengundian sebenar atas sebab-sebab tertentu yang memudahkan para orang awam yang bertugas pada hari kejadian seperti penjawat awam, pihak media dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi.

Mereka ini dikategorikan sebagai pengundi pos dalam negara. Manakala untuk pengundi pos luar negara pula adalah untuk warganegara yang berada di luar negara atas urusan bekerja, melanjutkan pelajaran mahupun yang membina keluarga disana. Kertas undi mereka akan dipos kepada mereka dan akan dipos semula kepada pihak SPR setelah undi dibuat.

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak
Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak. Sumber gambar: PERAK HARI INI

Manakala, istilah undi awal pula adalah kaedah mengundi yang khasnya untuk anggota Tentera dan pasangan mereka, anggota polis dan anggota serta pegawai yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) beserta pasangan mereka masing-masing. Namun, sekiranya mereka bertugas pada hari undi awal dijalankan maka mereka boleh memohon untuk undi pos.

Undi biasa namun impaknya luar biasa dan undi rosak adalah undi yang merosakkan perkiraan

Untuk istilah undi biasa pula adalah kaedah mengundi yang dilakukan oleh rakyat pada hari kejadian. Seperti tahun ini, tarikh pengundian adalah pada 19 November maka semua rakyat yang sudah layak mengundi wajib untuk turun dan memangkah kertas undi demi masa depan negara di tangan pemimpin yang mereka pilih.

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak
Sumber gambar: Berita Harian

Semasa mengundi pasti ada berlakunya satu situasi yang dipanggil pula dengan istilah undi rosak. Undi rosak adalah kertas undi yang dipangkah semberono oleh rakyat dan undi ini tidak akan dikira. Situasi ini seharusnya tidak dilakukan sekiranya kita memiliki rasa bertanggungjawab terhadap negara kita.

Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak
Sumber gambar: Hans

Jadi, sama-sama kita mengambil inisiatif untuk lebih cakna tentang isu pilihanraya kita yang akan diadakan kelak. Masa depan negara adalah tanggungjawab bersama.

Untuk isu lain yang berkaitan dengan PRU kali ini, boleh baca artikel dibawah:

Sempena PRU, MASWings Tawar Promosi Tambang Murah Bagi Pengundi Sabah Dan Sarawak
Malaysia Airlines, Firefly Tawar Diskaun Penerbangan Sempena PRU ke-15
SUMBER :My MetroPERAK HARI INIBerita HarianHans
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini
Next Article Jambatan Lawas Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Bandar Lawas Menjelang 2025 Jambatan Lawas Bakal Jadi Tarikan Terbaru Di Bandar Lawas Menjelang Tahun 2025

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?