• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Bazaar Ramadhan Di Kuching Dibatalkan Untuk Kekang Penularan COVID19

Oleh
ILB - AI
7 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut disiarkan secara rasmi oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara n

TERKINI : Bazaar Ramadhan Di Kuching Dibatalkan Untuk Kekang Penularan COVID19. Pihak berkuasa tempatan di Bandaraya Kuching hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi untuk tidak lagi meneruskan penganjuran Bazaar Ramadhan di kawasan masing masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, selepas mengambilkira keadaan semasa pandemik COVID19 di Sarawak, mereka telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan penganjuran Bazaar Ramadhan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria yang telah dijadualkan sebelum ini.

Menurut kenyataan mereka lagi, hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semuala COVID-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak COVID19 sepenuhnya.

Selain itu, Majlis Bandaraya Kuching Utara turut membatalkan penganjuran Bazaar Ramadhan di kawasan mereka.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan selain dari gambar yang tersebar di atas dan juga satu posting dari Datuk Bandar Kuching Selatan yang menyatakan Bazaar Ramadhan yang dikelolakan MBKS juga tidak diteruskan tahun ini.

Sejak beberapa hari yang lalu Sarawak telah beberapa kali mencatatkan kes COVID19 yang tertinggi di Malaysia dan baru baru ini juga seperti yang dihadapi oleh negeri negeri lain sebelum ini, Kluster Tembok atau Kluster Penjara menjadi antara penyumbang utama kes COVID19 di Sarawak.

Selain itu, kluster majlis sosial juga menyaji antara penyumbang terbesar penularan tempatan di Sarawak setakat ini.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 385 Kes Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 40 Kluster Masih Lagi Aktif
Next Article Ketua Masyarakat Dan Kaum Wajib Lapor Aktiviti Sosial Kepada Pejabat Daerah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?