• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Usah Tunggu 24 Jam, Ketua Polis Negara Gesa Orang Ramai Segera Buat Laporan Orang Hilang

Oleh
Nazihah AN
18 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Usah Tunggu 24 Jam, Ketua Polis Negara Gesa Orang Ramai Segera Buat Laporan Orang Hilang

“Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang Adalah Mitos” – Ketua Polis Negara

Usah Tunggu 24 Jam, Ketua Polis Negara Gesa Orang Ramai Segera Buat Laporan Orang Hilang. Kes kehilangan individu yang berlaku baru-baru ini telah menggemparkan seluruh dunia, terutamanya bagi pihak polis.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa masyarakat TIDAK PERLU menunggu tempoh sehingga 24 jam bagi membuat laporan bagi kes Orang Hilang (OH).

Usah Tunggu 24 Jam, Ketua Polis Negara Gesa Orang Ramai Segera Buat Laporan Orang Hilang
Gambar sekadar hiasan

Orang Ramai Diminta Salurkan Maklumat Bagi Bantu Pencarian Individu Hilang

Beliau menjelaskan bahawa alasan untuk menunggu sehingga tempoh berkenaan adalah satu mitos yang tidak berasas kerana tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang.

Perkara itu juga akan menimbulkan perasaan gementar dan gemuruh bagi pihak yang terlibat.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang. Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Razarudin menasihati orang ramai untuk segera melakukan laporan polis sekiranya individu yang dilaporkan hilang itu diyakini gagal untuk dihubungi. Tindakan itu adalah sebagai langkah awal bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada mangsa yang hilang.

Orang ramai juga diminta untuk memainkan peranan dalam membantu menyalurkan maklumat tentang kes kehilangan orang.

“Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis. Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” tambah beliau.

Memetik laporan Astro Awani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan seramai 153 orang kanak-kanak dan remaja berusia bawah 18 tahun telah dilaporkan hilang di seluruh negara setakat April 2024.

Menurut data daripada Bukit Aman pula, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata seramai 429 individu berusia 18 tahun dan ke atas dilaporkan hilang dari tahun 2022 sehingga Jun lalu. Jumlah tersebut melibatkan 314 orang lelaki dan 115 orang wanita.

Usah Tunggu 24 Jam, Ketua Polis Negara Gesa Orang Ramai Segera Buat Laporan Orang Hilang

Maklumat Yang Diperlukan Untuk Lapor Kes Orang Hilang

Bagi memudahkan proses untuk mencari individu yang hilang, terdapat beberapa maklumat yang perlu diberikan kepada pihak polis. Antaranya:

  • Nama
  • Umur
  • Tempat lahir
  • Berat
  • Tinggi
  • Sebarang tanda pada tubuh
  • Warna pakaian terakhir yang dipakai oleh individu
  • Lokasi terakhir dikesan
  • Individu terakhir bersama individu
  • Alamat tempat kerja atau belajar
  • Alamat kediaman

Bagi membantu proses pencarian, individu yang melaporkan perlu memberikan gambar terbaharu bagi individu yang dikhuatiri hilang. Gambar berkenaan juga perlu menampakkan keseluruhan wajah dari bahagian bahu dan wajah yang jelas.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Kehilangan Wanita Dari Miri Berakhir Tragis, Ini Kronologi Pembunuhan Nur Farah Kartini
Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Biodata Bertrand Rhodict Lises, Penerjun Negara Kelahiran Sarawak Ini Biodata Bertrand Rhodict Lises, Penerjun Negara Kelahiran Sarawak
Next Article Ini Kisah Keberanian 5 Pejuang Sarawak Sebelum Merdeka Dalam Menentang Penjajah Ini Kisah Keberanian 5 Pejuang Sarawak Sebelum Merdeka Dalam Menentang Penjajah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?