• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Axia Maut, Kereta Leper Dihempap Lori Semen Di Jalan Roban

Oleh
Aina Musa
5 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemandu Axia Maut, Kereta Leper Dihempap Lori Semen Di Jalan Roban

Takziah diucapkan

Pemandu Axia Maut, Kereta Leper Dihempap Lori Semen Di Jalan Roban. Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya dihempap sebuah lori simen di Kilometer 1 Jalan Roban-Kabong, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Saratok, Asisten Superintendan Entali Jingan, berkata mangsa, Hazman Wahab, 36, berasal dari Jalan Sentosa Salim, Sibu.

Pemandu Axia Maut, Kereta Leper Dihempap Lori Semen Di Jalan Roban. Sumber: Utusan TV

Beliau menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Kabong menuju ke Sibu, manakala lori simen datang dari arah Pusa menuju ke tapak pembinaan Jambatan Kaba Sungai Krian.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua kenderaan menggunakan Jalan Negeri dari arah bertentangan. Tayar belakang sebelah kanan lori simen tiba-tiba pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu menghempap Axia sebelum terbabas dan menggelongsor ke sebelah kanan jalan secara menyenget.

“Impak insiden tersebut menyebabkan pemandu Axia tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Roban,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, kemalangan yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu menyebabkan Axia berwarna putih remuk dan mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi artikel menarik:

JPJ Kenal Pasti Punca Kesesakan Trafik Lebuhraya Pan Borneo Di Jakar, Ini Sebabnya
Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Di Kampung Haji Baki

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disebabkan Abang Kakak Hutang PTPTN Sampai 50K, Gen Z Tidak Mahu Sambung Belajar
Next Article King Buat Hal Lagi, Myvi Redah Sungai Di Sabah Tarik Perhatian Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?