• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Siapa Dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia

Oleh
Ismail NA
26 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Agak-agak bila tu?

Ketahui Siapa Dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia. Negeri Sabah terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan struktur gunung ganang yang memukau. Namun, tahukah anda siapa dan bila kawasan negeri Sabah ini mula didiami oleh manusia?

Menurut sumber arkeologi yang dilaporkan semula Daily Express, Sabah mula didiami oleh manusia seawal 10,000 hingga 30,000 tahun yang lalu. Manusia pertama mendiami Sabah adalah di kawasan Pantai Timur Sabah.

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Sumber : Facebook

Mula didiami manusia selepas tasik di Sungai Tingkayu mengering

Sebelum Sabah didiami oleh manusia, ahli arkeologi mendapati bahawa berlakunya tumpahan lava daripada Mostyn Volcano yang kini telah pupus. Lava yang mengalir daripada Mostyn Volcano ini telah menyebabkan sebahagian daripada Sungai Tingkayu menjadi empangan, seterusnya membentuk sebuah tasik yang besar. Namun demikian, apabila tasik tersebut mengering, gua batu kapur dan bukit-bukit mulai kelihatan dan menarik perhatian manusia untuk berpindah dan hidup di sana selama 5,000 tahun.

Walau bagaimanapun, cerun yang besar dan gua batu kapur ini kemudian ditinggalkan dan terbiar oleh manusia sehingga ia akhirnya digunakan semula untuk tujuan pengebumian. Populasi yang kini mendiami sekitar Tingkayu juga tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar berasal daripada jalur keturunan asal yang pernah tinggal di kawasan itu.

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia? Sungai Tingkayu pada sekitar tahun 1930-an. Kredit foto : Dr. E. Wenk via North Borneo Philately

Keturunan Idahan jadi perintis kehidupan awal manusia di gua sekitar Pantai Timur Sabah

Kajian terawal berkaitan kewujudan keranda lama di dalam gua tersebut dilakukan oleh Pastor Orolfo, seorang renjer hutan senior di Jabatan Perhutanan British North Borneo.

Menariknya, kajian Pastor Orolfo mendapati bahawa orang Idahan, iaitu orang asal Lahad Datu dipercayai adalah keturunan Gomorid Kimau. Keturunan Gomorid Kimau dikenali sebagai keturunan peneroka bagi kebanyakan gua di Madai, Baturong, dan Bukit Tapadong.

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Pakaian tradisi orang Idahan di Sabah. Kredit foto : MySabah.com

Disebabkan nenek moyang keturunan Idahan adalah peneroka awal, mereka merupakan perintis kepada fungsi dan sistem ekonomi yang berlaku dalam gua di pantai timur Sabah. Sejak 5 hingga 6 abad yang lalu, keturunan Idahan bukan beragama Islam. Golongan tua di Lahad Datu menjejak susur galur keturunan mereka sejak 6 atau 7 generasi yang lampau menerusi nama Abdullah. Mereka mengambil rujukan nama Abdullah memandangkan generasi nenek moyang pertama memeluk Islam akan dibubuh nama Abdullah di belakang nama asal mereka.

Jika dikaji dengan lebih teliti sebelum generasi pertama nenek moyang mereka yang memeluk Islam, orang Idahan ini pastinya mempunyai amalan dan budaya yang sudah tidak lagi diamalkan. Apatah lagi selepas mereka mempunyai identiti baru sebagai umat Muslim.

Tradisi menyimpan mayat di dalam keranda belian

Sebelum keturunan Idahan ini memeluk agama Islam, mereka meletakkan mayat di dalam keranda dan menyimpannya di dalam gua. Ini kerana keranda ini boleh tahan daripada mereput dalam jangka masa yang lama, memandangkan ia diperbuat daripada kayu belian dan merbau dan beberapa jenis kayu lain daripada keluarga pohon jenis Dipterocarpaceae.

Sesetengah daripada keranda ini diukir dengan begitu cantik. Penutup keranda dihiasi dengan kepala tembadau di kedua-dua hujung. Dengan ketebalan 1 hingga 2 inci, keranda yang kosong hanya boleh diangkat dengan kekuatan sekurang-kurangnya 5 orang lelaki dewasa!

Siapa dan Bila Sabah Mula Didiami Oleh Manusia?
Keranda yang dijumpai di Gua Agop Batu Tulug, Kinabatangan. Kredit foto : Sabah Tourism

Lebih menarik, di dalam sebuah keranda masyarakat awal Idahan ini yang lazimnya mempunyai kepanjangan sehingga 9 kaki, terdapat beberapa keranda kecil yang terkandung di dalamnya. Menerusi penemuan semasa melakukan ekskavasi di lantai gua, Pastor percaya bahawa keranda kecil ini digunakan untuk mengangkut barang kemas atau barang berharga milik si mati dan diletakkan di dalam keranda besar bersama mayat.

Antara barangan berharga yang dijumpai adalah seperti parang, tombak, pisau, serpihan pinggan, serpihan bekas air, manik dan pelbagai barangan diperbuat daripada kayu. Bentuk keranda ini juga lebih kurang sama seperti keranda purba yang dijumpai di Tanah Besar China, Thailand, Vietnam dan Sulawesi, Indonesia.

Walaupun terdapat persamaan dari segi budaya dan amalan di antara petempatan awal di Sabah dan beberapa negara Asia yang lain, namun sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihannya.

Lagi sejarah Sabah yang perlu anda tahu :

Berasal Dari Nama Pokok Mangga Gatal, Ini Sejarah Nama Pekan Manggatal Di Sabah
Sejarah Pembinaan Keretapi Di Sabah Yang Anda Perlu Tahu

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu Hilang Kawalan, King Myvi Melambung Ke Udara Di Keningau
Next Article Kisah Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?