• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual

Oleh
Ismail NA
24 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Belum tamat pandemik COVID-19, kini muncul pula satu lagi wabak yang menggerunkan.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual. Di benua Eropah, kini sedang hebat diperkatakan tentang penularan wabak cacar monyet atau Monkeypox yang menular dengan pantas.

Isi Isi Penting
  • Belum tamat pandemik COVID-19, kini muncul pula satu lagi wabak yang menggerunkan.
  • Berkemungkinan berpunca daripada festival homoseksual dan sauna di Sepanyol
  • Monkeypox sebelum ini hanya dikesan di benua Afrika
  • Cara monkeypox merebak dan simptomnya
  • Beza dengan cacar air? Nodul limfa membesar.
  • Belgium negara pertama kenakan kuarantin mandatori Monkeypox
  • Dalam masa yang sama, wabak tangan, kaki dan mulut pula sedang menular di Malaysia. Baca selanjutnya di pautan berikut:

Sejak pertengahan bulan Mei 2022, penyakit ini telah dikesan di 16 buah negara, kebanyakannya di benua Eropah. Pakar kesihatan juga memberi amaran awal memandangkan kluster yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah muncul.

Kluster pesakit yang dimaksudkan adalah terdiri daripada lelaki homoseksual (gay) dan biseksual.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Sumber: The Daily Mail UK

Berkemungkinan berpunca daripada festival homoseksual dan sauna di Sepanyol

Di Eropah dan Britain, penyakit ini telah dihidapi oleh lelaki muda yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika dan mereka adalah dalam kalangan golongan gay, biseksual atau pernah mengadakan hubungan kelamin sesama lelaki.

Bekas ketua bahagian kecemasan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. David Heymann pula mengesyaki bahawa penyebaran penyakit ganjil ini berpunca daripada transmisi seksual dalam kalangan gay dan biseksual menerusi festival homoseksual dan pusat sauna di Eropah baru-baru ini.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Gambar hiasan. Sumber: KENA BETANCUR/GETTY IMAGES

Festival gay yang berlangsung di Canary Islands, Sepanyol baru-baru ini dihadiri oleh kira-kira 80,000 pengunjung. Agensi bangsa-bangsa bersatu (UN) turut memberi amaran bahawa wabak bakal meningkat pada musim panas ini memandangkan lebih banyak perkumpulan besar, festival dan parti yang akan berlangsung merentasi benua itu.

Monkeypox sebelum ini hanya dikesan di benua Afrika

Monkeypox ini merupakan sejenis penyakit ganjil yang mula-mula ditemui pada tahun 1958. Ianya mula dikesan pada 2 ekor monyet yang dikurung untuk tujuan penyelidikan, menyebabkan penyakit ini digelar monkeypox.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual

Kes pertama monkeypox dalam manusia pula mula-mula dikesan pada tahun 1970 di Congo ketika rakyat negara itu sedang berusaha sedaya upaya memerangi wabak cacar air (smallpox).

Penyakit ini sebelum ini hanya berlaku di bahagian tengah dan barat benua Afrika dan bersifat endemik dalam kalangan haiwan.

Cara monkeypox merebak dan simptomnya

Monkeypox ini boleh merebak apabila seseorang individu terdedah dengan titisan pernafasan apabila berjumpa secara bersemuka dalam jangka masa yang lama, sentuhan langsung dengan cecair badan atau luka, atau sentuhan tidak langsung dengan material yang terkena cecair jangkitan seperti baju atau kain.

Pesakit yang menghidap monkeypox ini akan mengalami simptom yang sama seperti cacar air. Antaranya adalah seperti demam, pening kepala, sakit otot, sakit belakang, kedinginan, dan keletihan.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual

Beza dengan cacar air? Nodul limfa membesar.

Walau bagaimanapun, simptom utama yang membezakan penyakit monkeypox ini adalah nodul limfa akan membesar. Waktu inkubasi (jangka masa antara jangkitan sehingga simptom muncul) untuk penyakit ini adalah sekitar 7 hingga 14 hari atau 5 hingga 21 hari.

Bukan itu sahaja, badan pesakit yang menghidap penyakit ini juga akan timbul cacar bersaiz besar dan melalui 5 peringkat sebelum mulai sembuh. 5 peringkat tersebut adalah macules, paules, vesicles, pustules dan scabs.

Wabak Monkeypox Menular Pantas, Pakar Dakwa Berpunca Daripada Festival Homoseksual
Sumber: UK Health Security Agency via The Daily Mail

Belgium negara pertama kenakan kuarantin mandatori Monkeypox

Ekoran daripada peningkatan jumlah kes monkeypox di benua Eropah, Belgium merupakan negara pertama yang menguatkuasakan perintah kuarantin mandatori selama 21 hari untuk pesakit tersebut pada 20 Mei 2022, susulan 3 kes baharu dikesan di negara tersebut.

Dalam masa yang sama, wabak tangan, kaki dan mulut pula sedang menular di Malaysia. Baca selanjutnya di pautan berikut:

SUMBER :NBC NewsCenters for Disease Control and Prevention (CDC)Daily Mail UK
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 'King' Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching [VIDEO] ‘King’ Myvi Buat Hal Lagi, Selamba Pandu Lawan Arus Di Tengah Bandaraya Kuching
Next Article Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching Padah Buli OKU Dengan Menembak Guna Mercun, Pekerja Syarikat Kurier Kini Didenda RM1,000 Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?