I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Notification Show More
Latest News
BeFunky collage24 Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 06 09T182057.602 Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
14 Mei 2022
Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam'
Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’
14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 09 10T140355.004 Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995
Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995
14 Mei 2022
Di sini kami sediakan sedikit sebanyak sejarah restoran francais yang terulung di Sarawak.
Sejarah Restoran Francais Legend Dari Sarawak Yang Perlu Anda Tahu
14 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 14/05/22 8:05 PM
Kongsi
10 Min Bacaan
Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Kongsi
Sponsored

Lebih ‘Penan’ daripada orang Penan.

Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri. Jika pelancong berkulit putih, itu adalah sesuatu yang biasa. Tetapi bagaimana pula dengan aktivis berkulit putih yang sudah hidup seperti sebahagian sesebuah kaum di Sarawak? Lebih ekstrim, hidup dalam suasana dan cara hidup yang sama. Pasti tak terbayang dek akal kan?

Walaupun nama Bruno Manser kurang dikenali, namun kisah hidupnya di Sarawak agak menarik untuk ditelusuri. Lelaki ini dikatakan hidup bersama suku kaum Penan di utara Sarawak sehingga beliau sendiri sudah menjadi lebih ‘Penan’ daripada suku kaum Penan sendiri. Bruno Manser telah datang ke Sarawak pada tahun 1984.

Sponsored

Tetapi sebelum itu, siapakah sebenarnya Bruno Manser ini? Asal dari mana?

Bruno Manser merupakan seorang warganegara Switzerland yang dilahirkan di Basel pada tahun 1954. Pada usia remajanya, beliau pernah dipenjara selama 4 bulan kerana menolak penyertaan wajib rakyat lelaki Switzerland dalam perkhidmatan tentera. Setelah dibebaskan dari penjara, Bruno kemudiannya mendaki Gunung Alps dan mula mengembala lembu dan menghasilkan keju. Kehidupan ini telah membuka mata Bruno untuk meneruskan baki hidupnya dengan cara hidup berdikari, DIY dan tidak melibatkan sebarang wang dan keuntungan.

Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Bruno Manser, aktivis kaum Penan.

Dengan itu, beliau merantau ke Thailand, menghabiskan masa selama 6 bulan di negara Asia Tenggara dan kemudiannya menyertai sekumpulan ekspedisi orang berkulit putih ke Gua Mulu di Sarawak. Dari situ, beliau mengenali suku kaum Penan, iaitu suku kaum terakhir yang hidup secara nomad di hutan hujan tropika.

Sponsored

Masyarakat Penan merupakan masyarakat yang hidup nomad di dalam hutan dan sering kali membina struktur binaan sementara untuk mereka berteduh sebelum berpindah ke tempat lain yang mempunyai lebih banyak sumber makanan dan buruan. Setelah diperkenalkan dengan kaum Penan di Sarawak, Bruno serta merta tertarik untuk mendekati kaum tersebut dengan matlamat menjejaki masyarakat yang masih hidup dekat dengan alam sekitar.

Percubaan pertamanya untuk menjejaki hutan hujan tropika di Sarawak menemui kegagalan apabila beliau jatuh sakit.

Sponsored

Pakai cawat dan berkaki ayam, Bruno singkirkan kehidupan Barat demi menjadi Penan

Beliau kemudiannya terus menjejaki hutan selama 10 hari dan akhirnya menemui penduduk Penan. Bruno cuba untuk hidup bersama mereka walaupun pada asalnya tidak dihiraukan oleh penduduk tersebut sehinggalah beliau belajar bertutur dalam bahasa Penan dan diterima oleh komuniti tersebut. Lelaki ini memotong rambutnya pendek seperti kebanyakan lelaki Penan, berkaki ayam, dan memburu seperti mereka. Segala aktiviti dan rutinnya bersama penduduk Penan dicatatkan dalam diari.

Menurut catatan diari seperti yang diceritakan oleh sumber media, kehidupan hutan Bruno tidak mudah apabila beliau pernah dipatuk ular kapak daun dan terpaksa menahan kesakitan selama lebih kurang sebulan sebelum pelawat memberikannya kalium manganat dan ubat antibiotik.

Sponsored

Malah, pada satu tahap, Bruno boleh dianggap sebagai ketua atau seseorang yang penting dalam komuniti kaum tersebut dalam membuat keputusan. Namun, kehidupannya bersama kaum Penan hanya sekitar 6 tahun sahaja.

Ikut turun padang protes bersama penduduk Penan halang aktiviti pembalakan

Kehidupan masyarakat Penan yang hidup secara nomad mula terancam apabila berlaku aktiviti pembalakan yang berleluasa di Sarawak. Tanah dan kawasan tempat tinggal masyarakat Penan dan suku kaum Dayak di Sarawak juga diberikan pampasan yang kecil bagi membolehkan aktiviti pembalakan dijalankan. Perkara ini sudah berlaku sebelum kedatangan Bruno tetapi ketegangan ini memuncak semasa Bruno telah tinggal di sana. Dalam masa yang sama, Bruno turut ikut turun padang bersama penduduk Penan untuk protes terhadap aktiviti ini.

Sponsored

Disebabkan semangat aktivisnya yang tebal dan perhatian terhadap nasib kaum Penan, Bruno melakukan beberapa perkara drastik dan ‘gila’ yang agak ekstrim. Hal ini telah menarik perhatian masyarakat global terhadap Bruno dan Sarawak.

Lakukan beberapa kesalahan jenayah sepanjang berada di Sarawak

Walaupun mendapat pujian dan perhatian daripada pihak media populis di negara Barat sehingga beliau diangkat menjadi ‘hero’, namun Bruno sebenarnya telah melakukan beberapa kesalahan jenayah sepanjang berada di Malaysia. Kesalahan pertama yang dilakukannya adalah tinggal di Malaysia melebihi tempoh pas visa. Beliau datang ke Sarawak dengan menggunakan visa pelancong dan sebenarnya telah tamat pada tahun 1984. Beliau akhirnya terpaksa akur untuk pulang semula ke negara asal selepas dipujuk oleh rakannya kerana bapanya yang sakit teruk.

Sponsored

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa Bruno Manser menggelarkan dirinya sebagai ‘Rambo’ kerana tidak dapat dijejaki oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh pendudukan haramnya bersama komuniti Penan. Lebih mengejutkan, beliau didakwa meniduri gadis-gadis Penan seawal usia 12 tahun sehingga meninggalkan anak luar nikah yang terkapai-kapai setelah beliau pulang ke tanah airnya. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan berita ini.

Di Eropah pula, beliau giat untuk melakukan kempen menyelamatkan nasib kaum Penan dengan melakukan inisiatif seperti melobi ahli politik untuk menghentikan pembalakan hutan hujan dan mengumpul dana melalui pertubuhan yang diasaskannya iaitu Bruno Manser Fonds. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Voices from the Rainforest”.

Sponsored
Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri 11

Sanggup buat aksi merbahaya semata untuk meraih sokongan terhadap kempen anti-pembalakan

Pada satu tahap, beliau merancang satu pelan merbahaya (yang ditentang oleh rakan pertubuhannya) iaitu melakukan terjunan flying fox melalui kabel aerial Matterhorn untuk menarik perhatian ramai terhadap kempennya itu. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah melancarkan kempen berlapar selama 60 hari di hadapan bangunan kerajaan Switzerland sebagai seruan untuk kerajaan mengharamkan kayu kayan dari hutan hujan tropika. Namun, usahanya itu gagal menarik publisiti kumpulan anti-pembalakan.

Kesal dengan situasi yang tidak membuahkan hasil, Bruno sekali lagi kembali ke Sarawak. Tetapi kali ini, beliau melakukannya dengan cara haram iaitu menyelinap masuk melalui jalan tikus di sempadan hutan Kalimantan yang berdekatan dengan Sarawak. Difahamkan, lelaki ini kerap berulang alik ke Sarawak menggunakan cara ini pada sekitar tahun 90-an.

Sponsored

Pernah mendarat dengan paraglider depan rumah bekas Ketua Menteri Sarawak sambil bawa kambing mainan

Salah satu perkara yang paling menimbulkan kontroversi yang dilakukan oleh Bruno adalah dengan menyewa paraglider dan mendarat di hadapan rumah bekas Ketua Menteri Sarawak sewaktu Hari Raya. Malah, beliau turut menawarkan sebuah kambing mainan sebagai tawaran perdamaian. Beliau melakukan perkara ekstrim ini pada tahun 1999 dengan menyelinap masuk ke Kuching dan mengubah penampilannya agar tidak dikenali. Tindakan luar biasanya itu serta merta telah mendapat liputan media antarabangsa.

Akibat daripada itu, beliau sekali lagi dipenjara dan dihantar pulang ke Switzerland.

Sponsored
Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri 12

Namun, dikhabarkan segala usaha yang dilakukannya menemui jalan buntu sehingga akhirnya Bruno kelihatan berputus asa. Perjuangannya menjadi semakin lemah apabila penduduk Penan tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menjual tanah mereka untuk mendapatkan sumber kewangan. Siapa sangka, tahun 2000 menjadi saksi terakhir kelibat Bruno dilihat oleh kenalannya.

Hilang secara misteri pada tahun 2000

Pada 15 Februari 2000, Bruno Manser bersama setiausaha BMF, John Kuenzli, kru penggambaran serta dua orang rakan Penannya masuk ke Sarawak seperti kebiasaan dilakukannya. Namun demikian, pada satu ketika, hanya Bruno dan lelaki Penan sahaja yang meneruskan perjalanan sehingga ke sempadan Kalimantan-Sarawak, yang mengambil masa selama 2 minggu dengan berjalan kaki, menaiki bot dan turun naik bukit.

Sponsored

Kali terakhir Bruno dilihat adalah pada 25 Mei 2000 di mana beliau membawa beg galas seberat 30 kilogram dan meminta agar lelaki Penan yang menemaninya untuk membiarkannya mendaki puncak Bukit Batu Lawi di Gunung Murud seorang diri. Beliau terus tidak ditemui selepas itu walaupun usaha pencarian telah dilakukan oleh pasukan BMF dan orang Penan. Disebabkan struktur Bukit Batu Lawi yang merupakan batu kapur curam, tiada satu pasukan penyelamat pun yang berani untuk melakukan pencarian di kawasan tersebut sepanjang 100 meter tersebut.

Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Bukit Batu Lawi, berdekatan Gunung Murud, Lawas.

Ada teori yang mengatakan bahawa Bruno terjatuh di sisi gaung ataupun sengaja membunuh diri, namun barang-barang serta mayatnya tidak pernah ditemui. Setelah bertahun-tahun pencarian menemui jalan mati, mahkamah sivil di Basel-Stadt akhirnya mengisytiharkan kematian Bruno Manser secara sah pada 10 Mac 2005. Diari catatannya sepanjang berada di Sarawak pula didermakan kepada Muzium Basel di Switzerland. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu misteri kehilangan Bruno Manser.

Sponsored

Masyarakat Barat yang menganggap lelaki ini sebagai hero menerbitkan sebuah filem yang bertajuk ‘Paradise War: The Story of Bruno Manser’ yang ditayangkan secara rasmi pada 22 Oktober 2020 di Jerman dan dikeluarkan untuk tayangan di platform internet Poland pada 11 Mac 2021.

Namun demikian, seiring dengan peredaran masa, masyarakat Penan kini telah mendapat pendidikan yang sama seperti kaum lain di Sarawak. Soal Bruno pula, adakah benar beliau terjatuh di sisi gaung, membunuh diri atau paling buruk, dibunuh, tiada siapa yang tahu.

Sponsored

Baca juga artikel menarik mengenai suku kaum di Sarawak :

Sponsored
Nur Afifah 10 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta Dua Individu Bertuah Dari Sabah Ini Menang Toto Jackpot Bernilai RM 21.8 Juta
Next Article Kuching Food Festival Kembali Meriahkan Bandar, Bakal Diadakan Pada 29 Julai Ini! Kuching Food Festival Kembali Meriahkan Bandar, Bakal Diadakan Pada 29 Julai Ini!

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

BeFunky collage24 Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Cerita Borneo

Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat

14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 06 09T182057.602 Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China
Cerita Borneo

Kenali Beting Patinggi Ali, Perairan Sarawak Yang Menjadi Rebutan China

14 Mei 2022
Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam'
Cerita Borneo

Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’

14 Mei 2022
BeFunky collage 2021 09 10T140355.004 Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995
Cerita Borneo

Mengimbau Nahas Dahsyat MAS Fokker 50 Yang Terhempas Di Tawau Pada Tahun 1995

14 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?