• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu

Oleh
Nazihah AN
29 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu

Kenali Ahmad Fikri Gompul, pereka fesyen berbakat dan juga seorang pensyarah di Bintulu

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu. Ahmad Fikri Gompul, pereka fesyen berbakat asal Kiulu, Tamparuli, Sabah, telah mencipta nama dalam dunia fesyen dengan rekaan uniknya yang bermotifkan ulat sagu. Berusia 36 tahun, beliau bukan hanya seorang pereka fesyen tetapi juga pensyarah Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional Bintulu.

Minat Fikri Gompul dalam bidang fesyen bermula sejak sekolah rendah dan terus berkembang semasa di sekolah menengah. Beliau memulakan pengajaran diri dalam menjahit menggunakan mesin jahit milik ibunya, yang kini telah menjadi warisan yang berfungsi hingga kini.

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu
Ahmad Fikri bin Gompul (Pensyarah Seni Reka Fesyen)

Minat beliau terhadap fesyen berjaya mendorong sehingga berjaya peroleh Top 3 Borneo Designer Award

Selepas menamatkan SPM pada tahun 2005, Fikri menyertai Pusat GiatMara Tuaran dan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 dalam Pembuatan Pakaian Wanita.

Bercakap kepada ILOVEBORNEO, minatnya yang semakin mendalam telah mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam Seni Reka Fesyen ke peringkat diploma di Kolej ShahPutra Kuantan, seterusnya meraih Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen dengan Kepujian di UiTM Shah Alam. Setelah kembali ke Sabah, Fikri aktif menyertai pertandingan rekaan fesyen tempatan seperti Borneo Art Festival Labuan dan Sabah Street Fashion Show 2023.

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu

Pencapaian paling membanggakan bagi Fikri adalah menjadi salah seorang penerima Top 3 Borneo Designer Award semasa Borneo International Fest di London pada Disember 2019.

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu

Rekaan terkininya yang menarik perhatian adalah motif ulat sagu yang dihasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menggunakan kemahiran digital dengan Adobe Illustrator, Fikri mencipta 10 rekaan bercorak ulat sagu dengan konsep street casual, mencerminkan kehidupan pelajar di pusat pengajian tinggi. Inspirasi datang daripada pengalaman melihat ulat sagu sebagai juadah tradisi di kampungnya.

Sebelum ini, Fikri juga telah menghasilkan T-shirt dan sarung telefon bermotifkan ulat sagu semasa PKP.

Tambah beliau juga, beliau merancang untuk mengeluarkan rekaan yang lebih berani untuk mewarnai industri seni reka fesyen di Sabah dan Sarawak, serta bakal membawa identiti fesyen lokal ke persada antarabangsa.

Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu
Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu
Kenali Fikri Gompul, Pereka Fesyen Sabah Dengan Ciptaan Motif Ulat Sagu

Selaku pensyarah, Fikri berharap agar generasi muda lebih terbuka terhadap dunia fesyen dan menyedari bahawa fesyen adalah industri kreatif yang mampu dikembangkan.

Beliau menggalakkan anak muda untuk mencari dan memajukan ilmu berkaitan dengan fesyen, dengan harapan agar industri seni reka fesyen di Sabah dan Sarawak dapat berkembang lebih pesat lagi, melangkaui batas-batas tempatan dan meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

Ketahui juga anak-anak Sabah yang berbakat. Baca di bawah:

Anak Sabah Jadi Rebutan 5 Universiti Berstatus Ivy League Di Amerika
Kenali Azmier Hisyamuqris, MUA Dari Sabah Yang Lakar Sejarah Hingga Ke Luar Negara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Kisah Bruno Manser, Aktivis Kaum Penan Berkulit Putih Yang Akhirnya Hilang Secara Misteri
Next Article Air Asia Tawar Semula Direct Flight Dari Pulau Pinang Ke Kuching Dan Kota Kinabalu Air Asia Tawar Semula Direct Flight Dari Pulau Pinang Ke Kuching Dan Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?