• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama

Oleh
Nazihah AN
5 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama

Pelbagai Variasi Cerita, Tapi Yang Mana Satunya Betul?

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama. Pada abad ke-19, Kuching dipanggil ‘Sarawak’. (Yes, nama negeri kita kini merupakan nama bandar Kuching!) Kalau diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, Kuc(h)ing ialah ‘cat’, oleh itu mendapatkan nama gelaran ‘City of Cats.’

Tetapi adakah kucing yang banyak berkeliaran di bandar Kuching turut menjadi punca bandar ini dinamakan Kuching? Mari kita lihat di mana sebenarnya asal usul nama ‘Kuching’!

Halangan Komunikasi?

Ia adalah satu misteri bagaimana bandar Kuching mendapatkan namanya. Ada cerita yang mencampurkan mitos dengan halangan komunikasi, contohnya sekiranya anda bertanya kepada ahli-ahli industri pelancong, kemungkinan besar mereka akan menceritakan kisah yang sama mengenai kesalahfahaman antara James Brooke dan kaum pribumi Sarawak. Menurut cerita tersebut, pada pertengahan abad ke-19, James Brooke bertanya kepada orang tempatan apakah nama tempat mereka tetapi pada masa bertanya soalan itu, James Brooke cun-cun menunjuk ke seekor kucing dan mereka berfikir beliau bertanya apakah nama haiwan tersebut dalam bahasa tempatan dan turut menjawab ‘Kucing.’

Adakah Kuching Betul-Betul The City of Cats Pada Zaman Itu?

Salah satu penjelasan lagi adalah ia dikatakan dahulu banyak kucing pernah tinggal di sepanjang Sungai Sarawak, jadi penduduknya menamakannya Kuching. Walaupun penjelasan ini berbunyi ‘logik’, kebanyakkan orang rasa mitos ini adalah palsu. Ini kerana Bahasa Melayu Sarawak menggunakan istilah pusak untuk merujuk kepada kucing. Sekiranya cerita ini benar, kenapa Kuching tidak dinamakan Pusak? Hmm…

Adakah ‘Kuching’ Dinamakan Sempena Buah?

Mungkin nama ‘Kuching’ berasal dari sejenis buah laici yang dinamakan mata kucing. Buah ini bertumbuh di bukit-bukit hampiran bandar dan kalau diterjemahkan secara literal ke Bahasa Melayu, ia menjadi ‘Cat’s Eyes.’ Sekali lagi, keterangan ini sangat samar-samar kerana sekiranya penjelasan ini benar, mengapa buah ini tidak dinamakan mata pusak? (pendapat sahaja, ya!)

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama
Buah mata kucing. Kredit: Libur

Salah satu penjelasan kepada mitos ini adalah kemungkinan nama ini adalah perkataan import setelah negeri Sarawak menyertai Tanah Melayu pada tahun 1963 untuk membantu komunikasi dalam masyarakat yang berbilang bangsa? Tetapi James Brooke telah menamakan bandaraya Kuching hampir satu abad pada ketika itu sejak 1872 jadi ia mencadangkan ‘City of Cats‘ tidak dinamakan sempena buah ini.

Penjelasan Yang Mungkin Realistik

Menurut sejarah, kerajaan British menggunakan istilah ‘Cochin‘ sempena bandar pelabuhan India bagi merujuk kepada nama-nama pelabuhan perdagangan. Kemungkinan satu variasi Cochin telah membawa kepada ‘Kuching’ kerana hanya ada sedikit perbezaan dalam sebutan.

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama
Pelabuhan Cochin, India. Kredit: W City

Satu lagi penjelasan adalah nama ‘Kuching’ diberi sempena aliran kecil yang bercabang dari Sungai Sarawak. Pada zaman itu, ia adalah kebiasaan untuk menamakan satu tempat sempena lokasi tersebut.

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama
Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama. Gambar sekadar hiasan

Tetapi ada satu lagi kemungkinan iaitu berkaitan dengan penduduk cina yang besar. Sebelum adanya paip saluran air, orang tempatan akan mengambil sumber air dari perigi. Orang cina pada masa itu memanggilkan perigi ini ‘Ku Ching‘.

Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama
Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama. Gambar sekadar hiasan

Kucing Sebagai Simbol Sehingga Ke Hari Ini

Walau apa pun cerita sebenar disebalik nama Kuching, Kuching telah memeluk kucing sebagai simbol bandar. Dengan adanya beberapa patung kucing diletak di beberapa kawasan di pusat bandar serta seni-seni berkaitan dengan haiwan ini turut menghiasi bandar, ia tidak dinafikan warga Kuching bangga dengan warisan ‘feline‘ mereka.

Siapa lagi tahu cerita asal usul nama Kuching selain yang disenaraikan di atas? Komen perkongsian anda dan jangan lupa share!

Jangan lupa, hujung tahun ni ada 2024 New Year Coundown di Waterfront Kuching. Baca sini:

Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching
Next Article Ojen Buat Pengumuman, Kunafa Aiwah Bakal Tiba Di Food Republik Kuching 8 November Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?