• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching

Oleh
Nazihah AN
5 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching

Mari meriahkan sambutan Tahun Baru di Waterfront Kuching

Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching. Mengira detik menuju tahun yang baru sambil menyaksikan bendera Sarawak berkibar megah di tiang tertinggi.

Inilah janji yang dibawa oleh sambutan Tahun Baru 2024 yang akan berlangsung di Waterfront Kuching pada 31 Disember, sebagaimana diumumkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan ini tidak hanya mengumumkan peristiwa kembang api dan pesta ria yang meriah, tetapi juga pembukaan rasmi tiang bendera baru yang akan menjadi simbol kebanggaan dan kemegahan negeri.

Sambutan Tahun Baru 2024 Bakal Diadakan Di Waterfront Kuching

Pemandangannya yang indah dan suasana tepi sungai yang menenangkan

“Kami akan menutup tahun dengan sambutan meriah di Kuching dan perasmian tiang bendera kita yang menjulang tinggi,” kata Abdul Karim di Festival Gendang Sarawak (FGS) 2023 yang telah berlangsung di lokasi yang sama.

Waterfront Kuching, yang dikenali dengan pemandangannya yang indah dan suasana tepi sungai yang menenangkan, telah dipilih sebagai lokasi sempurna untuk acara tahunan ini.

Sambutan ini bukan sahaja menandakan awal yang baru, tetapi juga penghormatan terhadap warisan yang mendalam. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini!

Kalau nak ke Waterfront Kuching, bolehla guna bas hidrogen ni. Free je wehh:

Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching
Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Trik Mindblown Untuk Anda Yang Gemar Travel 6 Trik Mindblown Untuk Anda Yang Gemar Travel
Next Article Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?