Masih ingatkah anda dengan kejadian yang pernah gemparkan bumi Sabah?
Kenali Malim Gunung Rizuan, Unsung Hero Kanak-Kanak Semasa Gempa Bumi Sabah 2015. Imej seorang malim gunung, Mohd Rizuan Kauhinin yang mendukung seorang kanak-kanak dari Singapura, selepas kejadian gempa bumi di kawasan Gunung Kinabalu telah melambangkan keberanian buat golongan malim gunung.
Dalam artikel ini, kami ingin menceritakan keberanian dan pengorbanan semua malim gunung yang merupakan jurupandu kepada pendaki-pendaki di gunung dan juga tulang belakang untuk operasi menyelamat pendaki-pendaki yang terperangkap.
Ketahui keberanian pemuda Sabah ini menyelamatkan seorang kanak-kanak di Gunung Kinabalu.
Pada tanggal 5 Jun 2015, negara kita telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di bumi Sabah dengan gegarannya 5.9 skala richter. Ianya adalah satu gegaran gempa bumi yang paling tinggi setakat ini pernah berlaku di lokasinya di Ranau, Sabah.
Telah tular gambar malim gunung menyelamatkan kanak-kanak warga Singapura yang cedera ketika gempa bumi di puncak Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 yang lalu sehingga beliau dianggap wira dan diberi pelbagai penghargaan termasuk oleh pemimpin negara dan Singapura, selain ditampilkan sebagi ikon kebanggaan negara.
Kejadian gempa bumi yang yang tidak dijangkakan, telah berlaku pada jam 7.15 pagi telah menyebabkan ramai rakyat Sabah berada dalam keadaan panik.
Namanya masih menjadi sebutan dan dikenali bukan saja di kampung kelahirannya di Kundasang, Ranau, malah diingati hingga ke Singapura. Difahamkan bahawa nama ‘Malim Gunung‘ ini keluar di akhbar dan media internet sejak tragedi gempa bumi di Sabah.
“Saya gementar bila orang anggap saya wira, padahal saya orang biasa…” – Malim Gunung Rizuan
Sejak namanya dikenali dan tular di media sosial, Mohd Rizuan Kauhinin sering menjadi sebutan dan menerima pujian tanpa henti daripada netizen. Walau bagaimanapun, beliau mengakui agak kurang senang dengan gelaran wira yang diberikan kepadanya.
Menceritakan pengalaman dia menyelamatkan kanak-kanak tersebut, Rizuan berkata dia dan beberapa malim gunung yang lain telah menjumpai kanak-kanak tersebut sedang menahan kesakitan di sekitar KM4.4 laluan denai hutan.