I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak

Oleh Ismail NA
25 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita baik buat usahawan di Sabah dan Sarawak!

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak. Ada tak sesiapa kat sini usahawan dari Sabah dan Sarawak? Pos Laju ada buat promosi untuk kiriman bungkusan lah!

Hari ini, Pos Laju mengumumkan tawaran kadar perkhidmatan terbaharu, khas buat usahawan di Sabah dan Sarawak.

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak

Melalui promosi baharu ini, Pos Laju menawarkan kadar penghantaran udara untuk bungkusan dari serendah RM6 untuk setiap kilogram. Walau bagaimanapun, kadar ini khas untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak yang mahu mengirim bungkusan ke Semenanjung Malaysia sahaja.

Calling all entrepreneurs in East Malaysia, we’ve got great news. You can now send your goods via flight to Semenanjung…

Posted by Pos Malaysia Berhad on Tuesday, August 24, 2021

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak
Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak. Sumber : Pos Malaysia

Bagi mendapatkan harga pengeposan istimewa ini, pelanggan terutamanya dalam kalangan usahawan di Borneo hendaklah mendaftar sebagai pelanggan kontrak dan membuka akaun di laman sesawang Pos Malaysia Berhad.

Banyak rupanya kelebihan pelanggan kontrak Pos Laju

Jika anda sudah menjadi pelanggan kontrak di Pos Laju, anda akan mendapat beberapa keistimewaan yang tidak dimiliki oleh pelanggan biasa. Antaranya adalah seperti ;

1. Dibekalkan borang PL9, nota konsainan dan flyers secara percuma

Pelanggan kontrak akan menikmati bekalan borang PL9, bungkusan flyers dan nota konsainan percuma yang telah lengkap berisi alamat anda. Tinggal tulis nama dan alamat penerima sahaja.

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak
Sumber : Shopee Seller Coaching
Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak
Nota konsainan Pos Laju

2. Penjadualan pick-up percuma

Anda boleh menjadualkan masa untuk ejen mengutip barang kiriman anda dari mana sahaja tanpa ada cas tersembunyi.

3. Pick-up percuma

Anda nak kirim beratus bungkusan? Atau cuma satu bungkusan sahaja? Jangan risau, ejen Pos Laju akan tetap menunaikan permintaan pick-up anda pada bila-bila masa secara percuma!

Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak
Kredit : FACEBOOK/KADKU.PRO

4. Papan pemuka pengurusan bungkusan

Anda boleh log masuk ke akaun anda dan melihat status penghantaran bungkusan anda di papan pemuka Pos Laju.

5. Tiada komitmen bulanan

Bayaran anda hanyalah berdasarkan jumlah bungkusan yang anda hantar dan tiada cas komitmen yang memudahkan anda untuk kekal fokus kepada perniagaan anda.

Jadi, amacam? Rebut peluang istimewa ini dengan mendaftar sebagai pelanggan kontrak Pos Laju dengan menekan butang pautan di bawah;

DAFTAR PELANGGAN KONTRAK POS LAJU

Baru-baru ini, Pos Malaysia baru sahaja menamatkan perkhidmatan penghantaran udara untuk Pos Domestik. Baca lebih lanjut di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang
Next Article Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?