• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London

Oleh
ILB - AI
30 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London

Syabas diucapkan kepada Anis Umairah Al Insyirah Binti Nor Abdi atas penyertaan anda dalam pertandingan ini diperingkat antarabangsa!

Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London. Seorang gadis dari SK Bukit Belacon Lahad Datu menempa nama diperingkat antarabangsa apabila menyertai 2022-2023 International Poetry, Art, Speech and Song Competition yang dianjurkan oleh Never Such Innocence NSI, London.

NSI merupakan sebuah badan amal yang bermula sebagai projek peringatan Perang Dunia Pertama untuk kanak-kanak dan golongan muda. Diilhamkan oleh konflik ini, lebih 11,000 orang muda dari 47 negara yang berbeza mencipta puisi, karya seni dan lagu.

Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London

Pertandingan dilaksanakan secara virtual

Pertandingan ini yang dilaksanakan secara virtual terbahagi kepada 4 kategori iaitu lukisan, syarahan, sajak dan lagu dengan tema What Does War Mean to You?

Anis Umairah Al Insyirah Binti Nor Abdi, yang juga merupakan pelajar pertama dihantar oleh SK Bukit Belacon Lahad Datu untuk menyertai pertandingan ini, telah menghantar sebuah sajak yang bertajuk ‘The World I Dream Of’.

Adik Anis Umairah Al Insyirah Binti Nor Abdi.

Sajak ‘The World I Dream Of’ merupakan cetusan daripada konflik yang berlaku di Palestin yang menyedarkan kita semua agar lebih mensyukuri nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini.

Motivasi untuk menyertai lebih banyak lagi pertandingan antarabangsa

Menurut adik Anis Umairah, beliau menyatakan sangat teruja menyertai pertandingan ini. Berkat dorongan dan sokongan guru-guru di SK Bukit Belacon telah memotivasikan adik Anis dan berjaya mencipta sebuah sajak yang baik.

Penyertaan ini merupakan julung kali dan akan menjadi motivasi kepada pelajar dan guru-guru di SK Bukit Belacon Lahad Datu untuk terus menghantar penyertaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Penyertaan Anis Umairah Al-Insyirah Nor Abdi.

Hasil daripada penyertaan ini telah mendorong adik Anis Umairah untuk kekal bersemangat bagi menyertai lebih banyak pertandingan. Semoga beliau dan ramai lagi yang terinspirasi oleh beliau untuk kekal menerima sokongan berterusan daripada semua warga SK Bukit Belacon!

Syabas adik Anis Umairah, semoga awak kekal bermotivasi untuk mencipta sajak yang lebih memberikan impak dan mengingatkan orang ramai tentang pentingnya menikmati keamanan.

Lagi pencapaian warga Sabah yang menempa nama diperingkat antarabangsa:

Tewaskan 11K Calon Seluruh Dunia, Guru Sabah Ini Tersenarai 60 Finalis Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023
Duo ‘Berkeperluan Khas’ Dari Sabah Rangkul Gelaran Juara Storytelling Di Australia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak
Next Article 125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini 125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?